Thursday, July 15, 2010

-Owner-
























~** assalammualaikum **~


** Suzie Rahman **
** 27 July 1986 **
** Hosp. Batu Gajah **
** 4 dari 7 Beradik **


Entri kali ni, suzie nk citer tentang diri sendiri dr A - Z..hurm, cukup dikenali sebagai suzie Rahman, suzie dilahirkan di Hospital Batu Gajah pada 27 julai 1986. Suzie anak ke-4 dari 7 adik beradik.. Ramai x? kalu bagi sy dh cukup ramai tu..bkn senang nak bagi semua jadi manusia..hik3..

Suzie bersekolah rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Thung Hon Tg. Tualang, perak. sekolah situ dari darjah 1 smpi darjah 6.. Suzie bersekolah disitu ditemani Abg Chik. Selepas tamat darjah 6, suzie kemudian sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bendahara CM Yusuf Tg. Tualang, Perak sehingga tingkatan 3. Selepas mengambil PMR, Abah telah ditukar ke Selama, Perak jd kami pun ikut berpindah.. sekolah pon baru lol..... disitu suzie tlh didaftarkn di sekolah menengah kebangsaan datuk haji hussien selama, perak sehingga tamat SPM.

Usai SPM tahun 2003, abah ditukar pula ke IPK KOTA BHARU KELANTAN. Suzie tidak ikut berpindah kerana suzie mengikut kakak tinggal di LANGKAWI. Disana suzie kerja di IDAMAN SURI PEKAN KUAH LANGKAWI sebagai SA. Cukup setahun suzie resign dan pulang ke kampung. Setelah 6 bulan menganggur, suzie ikut tinggal dgn kakak di ipoh.

Tahun 2006, suzie sambung stdy di POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH dalan jurusan "SIJIL KEJURUTERAAN AWAM". Setelah 2 tahun, tamat lah sudah pengajian suzie. Sambil menunggu utk menyambung diploma, suzie bekerja sementara di ACCROSS TELECOMMUNICATION CELCOM BLUE di SERI MANJUNG pada bulan jun. setelah lebih sebulan berulang alik kerja menggunakan motor abang ipar. 28 julai 2008, suzie dapat hadiah paling bermakna iaitu SCOOTER EGO'S. Disember 2008, suzie dapat surat tawaran sambung pengajian di POLITEKNIK UNGKU OMAR dalam bidang "DIPLOMA KEJURUTEARAAN AWAM". Suzie stdy situ dari Jan 2009 - Dis 2009.

** akan bersambung..