7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang
digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures
mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam
institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain
berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7
Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang
terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut
memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.
Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang
graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada
guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah
(Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu.
Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka
turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih
menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan
hantaran perkahwinannya kelak.
Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar
selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik.
Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar
(Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz
Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam
perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang
wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja
yang melanda.
PELAKON
Membariskan pelakon muda seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana
Amir, Putri Mardiana. Turut dibantu oleh Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek.
Gandingan ini diperkuatkan lagi dengan bantuan pelakon lain iaitu Ustaz
Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz.Tarikh
tayangan belum di pastikan oleh pihak Metrowealth Pictures.Tunggukan
trailernya tidak lama lagi.
Trailer 7 Petala Cinta
p/s: Enjoy watching k! Hari ni baru ada masa nak tengok..Weeeee,,Neway, nk bagitaw follower suzie dah "888" thks sape sudi follow blog suzie. PeaceYo!!
Adnan Sempit 2 merupakan filem aksi komedi yang akan menyempitkan saluran pernafasan anda,akibat ketawa yang berdekah-dekah di dalam panggung wayang nanti pada 23 Februari 2012 ini.Filem yang dinanti-nantikan ini merupakan kesinambungan dari Adnan sempit yang dahulunya memenuhi citarasa segenap lapisan umur.
Pelakon utama sudah tentulah dibarisi oleh Shaheizy Sam(Adnan),Intan Ladyana(Nadia),Yana Samsudin(Wawa) dan Along Cham (Bobby) disamping dibantu oleh pelakon-pelakon lain.
Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?