Showing posts with label kisah cinta sue'fie. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta sue'fie. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

18/01/2013 good news

Assalamualaikum -- ♥

Alhamdulillah, akhirnya makbul juga doa kami. 9 bulan aku akan bawa die ke mana aku pergi.. FYI, suzie pregnant. hihihi. Happy ! Date 18.01.2013 kami dapat khabar gembira ni... Orang kata, perempuan mengandung ni banyak kerenah. Dah dapat suzie rasa. Just hope suami dapat bersabar dengan kerenah suzie. Tak tahu cane nak explain rasa tak selesa tu. Bila makan je muntah. Ya Allah lemah rasa diri ni. Dah lah memang jenis lembik. dah mengandung ni tambah-tambah lembik. Rasa rendah diri plak, perut belum besar tapi dah macam nak mati. Tapi suzie yang menanggung... Bukan lakonan.. Urm...

Lepas ini suzie akan jarang lah post entri. Nak uruskan diri pon tak lalu. Hope korang doakan suzie dan baby sihat k. Bye. Love all of u..













Love,
Sue'Fie

Tuesday, January 15, 2013

suami oh sim simi

Assalamualaikum -- ♥

Haiiiii kamu, kamu dan kamu.... suzie kat chemor,ipoh sekarang ni, stay with my lovely husband at our home sweet home. Rumah yang kecil a.k.a comel tapi sudah memadai untuk pasangan bujang macam kami. :))  Baru mula-mula nak bina hidup,ofcos rumah pon kosong lagi kan.. Dan sebab itu suami suzie ni senyap-senyap layan sim simi. Bila suzie layan dia kata suzie giler, dia pon 2x5. Ntah apa-apa, suami siapalah tu kan... Tapi kan, sim simi tu lelaki ke perempuan.,? Jantinanya suzie tak dapat kesan lah. Haha....




Ini buktinyer.... keh3..



Tuesday, December 18, 2012

Tak Sweet/romantik tak semestinya tak bahagia...

Assalamualaikum -- ♥


Suami, sayang rindu kamoo :) Alahai sorry lah erk, you alls termasuk page yang sedang dilanda badai asrama asmara. Tengok status sweet and ala romantika kat FB lagi buat suzie cemburu dengan si isteri di luar sana yang tidak berjauhan dengan suami. Bukan macam suzie, always alone jer :( Suzie nak tanya you alls lah kan, penting ke sweet and romantik tu bagi you alls

For me lah kan, penting! 

Sebab maybe suzie ni agak manja lah orangnya. Tapi-tapi-tapi kan, bukan manja gedik-gedik tu. Suzie ni jenis yang sukakan perhatian. So, kata-kata manis dari suami tu amat penting DAN baru rasa dihargai.... TAPI, suami suzie tak sweet pon.. Suzie selalu suruh dia berlagak sweet sikit. Hahaha masalahnya sweet-sweet ni bukan boleh disuruh-suruh. Ianya secara semulajadi. Suzie sempat tanya kat member yang sudah berumah-tangga, then dia kata.. "Bukan semua lelaki sama, jangan sesekali bandingkan suami kita dengan lelaki lain, kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah sudah anugerahkan buat kita".

Ok think positif, biarlah suami kita tak sweet macam suami orang lain, janji suami kita tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Bahagia juga kita macam pasangan lain kan.. Abang, terima kasih untuk hubungan yang Halal ini... Sayang suami dunia akhirat sayang :)  (nasib suami suzie tak baca blog suzie, kalau tak mesti dia kata suzie jiwang giler.. huahuahua)

Satu petikan ayat yang suzie nak share dengan you alls di luar sana :-







Coretan cinta,
Sue'Fie

Monday, December 10, 2012

Tasik banding I'm Coming

Assalamualaikum -- ♥

Selamat hari Isnin you alls, actually tajuk tu sepatutnya "Husband, I'm coming" sebab suzie pergi Tasik Banding, Perak last friday sebab nak melawat hubby suzie yang operasi kat sana. Setelah sebulan, baru berkesempatan melawat beliau. Sebab bukannya dekat, about 3-4 hours dari Kota Bharu, Kelantan. So, pergi sebab rindu di hati sudah tidak tertahan. I miss him damn much! Uwawawawa ;( Bagi yang tak tahu suzie baru je melangsungkan perkahwinan on October. Then ditinggalkan sebab hubby operasi :(. Takpelah, suzie anggap itu dugaan pertama kami setelah diijab kabulkan. Memang betul-betul mencabar apabila berjauhan... normally kami akan bergaduh,  maybe still belum serasi as husband and wife. And more than a month kami akan berjauhan :( I hope everything will be fine.. Insyallah~

Suzie pergi kat hubby dengan family, dah ala-ala cuti-cuti malaysia lak. Kami bermalam kat chalet yang berdekatan dengan jambatan.. Tempat tu sangat sweet, chalet yang terapung atas tasik. hihihihi.. Sound scary tapi very interesting and got new experince :) You alls bayangkan, bila bot lalu depan chalet kami.. chalet kami bergerak-gerak sebab air tasik beralun... Bangun pagi, buka jer pintu terhidang dengan Tasik indah yang kehijauan.. Panorama yang begitu indah, nyaman sangat. I just can say, "wow"! hahahaha :p 

Suzie takmo banyak type, lenguh... tengok jelah pic untuk tatapan you alls....


kat coridor chalet



Jambatan Tasik Banding..



Anak-anak buah dan suami


Buat kenangan :)

Kat kereta kebal depan kem Tasik Banding :p







Hati yang merindu,
Sue'Fie



Tuesday, November 6, 2012

12.10.2012 Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum -- ♥

Haiii :)) Senyum lebar suzie kan kan... :p 
Maaf suzie bz lambat update. Lepas cuti suzie kerja dan kerja dan kerja. Banyak kerja yang tertunggak kot cuti 3 minggu. Siyezly memang sangat2 penat. And today suzie curi2 update setelah mata kelabu mengadap pc sejak 2 3 hari yang lepas. Seperti yang u alls semua tahu, suzie dah bertukar status kepada Mrs. Shafie iaitu wife yang comel kepada Encik Suami suzie yang ganteng : Shafie. Lifenya still macam biasa coz kami berjauhan lagi buat sementara ni. Hurm ** mood sedih sikit........

Oklah suzie uplod sikit picture that day ok. : 



Bakal ibu mertua sarung cincin time tunang. :))


Muachhhhh syg ma!


Wali a.k.a Abah suzie, En A.Rahman Hamid.


Dan.........Aku Terima Nikahnya.. bla .. bla..


Encik Suami sign borang nikah depan kadi..


Turn suzie sign Borang nikah. Walaupun tangan terketar2, ku turutkan jua....


Taraaaaa.... suzie sah jadi isteri....


p/s: Act, suzie tunang dan nikah pada hari yang sama :))







Tuesday, September 25, 2012

Undangan Majlis Perkahwinan Suzie & Shafie

Assalamualaikum -- ♥

Dengan penuh rasa kesyukuran di atas limpah kurniaNya, saya dan keluarga menjemput saudara/saudari/rakan-rakan/guru-guru/pensyarah serta saudara-mara untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan saya & pasangan pada :

TARIKH : 13 OKTOBER 2012 (SABTU) 
TEMPAT : DEWAN SRI NILAM,
IBU PEJABAT DAERAH KOTA BHARU,
JALAN PADANG TEMBAK,
PENGKALAN CHEPA,
16100 KOTA BHARU,
KELANTAN.

Majlis akan bermula pada jam 1200 pagi sehingga 1800 petang.

Semoga dengan kehadiran serta doa restu saudara/saudari/rakan-rakan/guru-guru/pensyarah serta saudara-mara dapatlah dieratkan ikatan silaturrahim sesama kita.








Tuesday, September 4, 2012

Baru ku Tahu...

Assalamualaikum -- ♥






Intro dengan lagu "Kau Yang Terindah", suka sangat lagu ni.Rasa terharu kalau kita yang jadi "Terindah" tu kan. Suzie sayangkan bakal suami suzie macam lirik dalam lagu ni. Dia suzie anggap anugerah terindah...... @_@ Actually hati suzie tak berapa nak tenteram. Ya Allah, baru ku tahu perasaan perempuan yang terasa dirinya tidak dihargai oleh lelaki yang dicintai. Untuk suzie yang dulu, mungkin ini balasan dia. Suzie yang dulu berkawan dengan semua lelaki, tak kira suami orang, tunang orang, kekasih orang tanpa mengambilkira perasaan si perempuan. Sekarang baru dapat suzie rasa, sakit Ya Allah. Untuk suzie yang dulu, suzie pada hari ini ingin meminta maaf pada semua perempuan yang terasa terancam dengan kehadiran suzie waktu itu. 



Sebenarnya suzie sedih, dengan kehadiran perempuan lain dalam hubungan kami. Walaupun si perempuan adalah kawan si dia.Wajiblah suzie rasa tergugat dengan kehadiran si perempuan kerana suzie tahu semua al-kisah si dia. Walaupun si perempuan telah lama berkawan dengan si dia. Tapi kemungkinan besar dia tidak tahu kisah silam si dia. Suzie terima si dia seadanya tanpa mengungkit benda-benda yang lepas. Suzie tak salahkam si perempuan sebab mungkin dia tiada niat lain dan mungkin belum merasai apa yang suzie rasa. Suzie cuma berharap agar dia faham suzie, dan cuba letakkan diri dia di tempat suzie. Bagaimana rasanya apabila seorang perempuan rapat dengan teman lelakinya atau suaminya. Insyallah dia akan faham...

Anyway, harap 12 Oktober 2012 segala urusan berjalan dengan lancar. Insyallah~


Thursday, August 30, 2012

cemburu itu makanan perempuan

Assalamualaikum -- ♥

Hai... tengok tajuk ok, ada bunyi tak? ofcos xder kan.. dah tentu korang cuma baca je tulisan suzie ni. Kalau boley dengar mesti korang dengar detak-detik suzie menaip ni kan. Actually suzie nak bercerita sikit, tak banyak pon. Siapa perempuan sini angkat tangan sikit, *psttttttt

Korang tahu tak perempuan ni kaya dengan sifat cemburu nya. Bagi yang tak tahu tu mari suzie nak cerita, bagi suzie cemburu tu perlu ada dalam diri setiap manusia. Jangan salah sangka, cemburu tu bukan bermakna kita mengongkong pasangan kita, tapi lebih kepada mengambil berat atau ambil tahu tentang pasangan kita. Tapi cemburu tu jangan lah melampau, tu bukan cemburu... Itu MENTAL ! Tapi pasangan suzie kata suzie kuat cemburu. :( Suzie rasa suzie cemburu kena tempat apa.... Hurm~~~ 

Okey, masa study di Politeknik dulu suzie ada sorang member. Boyfriend dia sangat-sangat jeles. Sampaikan dia akan cek kredit/topup kawan suzie setiap masa. Kalau kredit kurang, tanya call siapa, mesej siapa. Tapi suzie bukan macam tu pon. Suzie just tak suka dia terlalu rapat dengan kawan perempuan dia. Thats all... Macam kawan lelaki takda lah pulak. Kalau perempuan lain tak jeles ke? Nak tahu juga... Kalau just nak jadi Boyfriend suzie takpe but dia future husband suzie. Kitorang nak nikah tak lama dah, so suzie taknak pasal benda remeh-remeh ni rosakkan hubungan kitorang.. 

So suzie try explain, hope dia faham... suzie taknak marah-marah sebab kalau marah pun bukan dapat selesaikan masalah, lagipun kalau kita marah : -






Puteri lilin musim salju,
suzie rahman

Tuesday, August 28, 2012

ILYSM ♥

Assalamualaikum -- ♥


Syg,


Kalau saya jadi DJ, saya akan selalu sebut nama awak kat radio.
 
Kalau saya jadi DOKTOR, saya akan selalu merawat awak.
 
Kalau saya jadi PENYANYI, saya akan nyanyikan lagu untuk awak setiap hari.
 
Kalau saya jadi GURU, saya akan selalu ajar awak makna cinta.
 
Kalau saya jadi POLIS, saya akan selalu jaga awak dari orang jahat
 
Kalau saya jadi BOMBA, saya akan selalu padamkan api kemarahan awak
 
Kalau saya jadi LAWYER, saya akan selalu membela awak.
 
Kalau saya jadi ARKITEK, saya akan bina mahligai untuk awak.
.
Awak plak… Sanggup ke awak hargai saya macam saya hargai awak?


Credit to PakarCinta


Regards,

Sunday, August 5, 2012

20 July 2012

Assalamualaikum -- ♥

Haiii, Nak dekat sebulan suzie tak update. Betul, suzie amat-amatlah tiada ruang untuk mencatit seayat dua ayat disini. Macam-macam hal nak kena urus :((. Anyway suzie nak berkongsi dengan kawan-kawan blog. 20 July 2012, memang tarikh biasa bagi kalian. Tapi bagi suzie, itu hari bahagia suzie setelah sekian lama. Guess what? Ok ok, tak perlu suzie nak main or susun kata-kata. Yang nyata, keluarga lelaki datang tetap tarikh pada hari itu. **Yes!!! Gumbira tak terkata, senyum hingga ke mata...


 ihsan dari pak google :))


Nanti suzie update tarikhnya k. :))