
Wednesday, June 20, 2012
Atuk tua bengang cinta dimain

Sunday, April 29, 2012
copy paste : BERSIH 3.0 - Sisi Pandang Seorang Manusia Biasa

Tuesday, April 10, 2012
Sri wani sah wanita
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.
“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.
“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani
Nota SPM: Pelik...macam mana si suami boleh kata isterinya lelaki? Takkan sebab kawen banyak mata jadi rambang nak kenal mana lelaki dan mana wanita. Parah oh parah sungguh....

Sunday, April 8, 2012
Syak isteri lelaki

KUALA LUMPUR – Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita. Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak. Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.
Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.
Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.
Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.
Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.
Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani. – KOSMO

Wednesday, February 29, 2012
Dr Mahathir Fitnah Ahli Ahli Fekah Mereka Hukum Hudud Dan Jawapan Dari Ustaz Azhar

Gempar satu malaysia apabila Tun Doktor Mahathir dikatakan memfitnah Ahli Ahli Fekah mencipta atau mereka hukum hudud, dibawah ialah tuduhan doktor mahathir,
Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Fekah, ia tidak terdapat dalam al Qur’an. Di dalam al Qur’an ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Fekah. Sebab itu apabila kita nak laksana sesuatu, kita harus rujuk Qur’an kerana itulah punca kepada asas kepada agama kita.
Dan kalau kita baca Qur’an dalam bahasa yang kita faham – kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham. Kalau dalam bahasa kita sendiri kita kaji -baca dalam Qur’an terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
Dalam Islam yang terutama bukan hukuman itu, bukan pun saksi yang empat itu. Tetapi hukuman yang adil, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama. Dan gambar dibawah ialah gmbar jawapan dari ustaz Azhar.


Wednesday, February 15, 2012
Mayat bayi perempuan dijumpai di bilik air kolej


# Haloo peeps--- suzie tergerak hati nak share berita ni sebaik membacanya.. kesian :((
KOTA BHARU – Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.
Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jalaluddin berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut.- Bernama
nota kaki://Suzie rasa walau apa pon alasan ibu yang buang bayi ni suzie tak boleh terima!

Thursday, February 2, 2012
Mati Pulang Kerja

MUAR: “Saya terkejut apabila dimaklumkan Puteri ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman pada tubuhnya di tepi jalan,” kata Nurhidayah Rai, 25, rakan seorang wanita warga Indonesia yang dijumpai mati di tepi Jalan Bakri Batu 1, malam kelmarin.
Puteri Setiana Subari, 23, pekerja sebuah restoran di Jalan Junid di sini, dipercayai ditikam ketika pulang dari tempat kerja dan mayatnya ditemui pada jam 11.20 malam.
Menurut Nurhidayah, dia dan Puteri berjalan kaki bersama selepas habis kerja pada jam 10 malam, pulang ke rumah sewa mereka di Jalan Sakeh dan apabila tiba di Jalan Arab, seorang kenalan yang menunggang motosikal mempelawa untuk menghantar mereka pulang.“Saya menumpangnya terlebih dulu dan berpesan kepada Puteri supaya menunggu di Jalan Parit Tiram kerana ia hampir dengan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Bagaimanapun, menurut Nurhidayah, selepas menunggu hampir sejam, Puteri masih tidak muncul dan dia serta rakan berusaha mengesannya di sekitar bandar Muar, tetapi gagal.
Katanya, dia turut menghubungi telefon bimbit Puteri berkali-kali, namun tidak berjawab dan terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan memberitahu Puteri ditemui mati di tepi jalan.
“Saya amat terperanjat kerana kami bersama sejam sebelum itu. Kehilangan Puteri sangat dirasai kerana dia antara rakan rapat sepanjang tiga tahun bekerja di negara ini,” katanya.
Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hartono, 30, berkata, dia mengetahui kematian adiknya pada jam 12 tengah malam selepas dimaklumkan Nurhidayah lalu bergegas ke tempat kejadian.“Kali terakhir kami berbual dua hari lalu dan Puteri tidak menunjukkan sebarang perubahan. Jenazahnya akan dihantar pulang ke Jawa Barat selepas semua urusan di sini selesai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi menolak ragut kemungkinan punca kematian mangsa.
“Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Punca kematian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Monday, January 16, 2012
Dhanyaraam penyebab mahasisiwa usm ditangkap

Hai u alls....actually hari suzie nak menyuarakan sumthings lah kan.
------ ------
So u alls ada tengok berita tak? Janartana V Chadra iaitu salah seorang mahasiswa USM ditangkap setelah mengepost status fbnya yang berbunyi " Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter..."
Kemudian dibawahnya kita boleh lihat Dhanyaraam Chinathamby Drsp mengomen berbunyi " B carefull with what you right bro... Incase anything happen... They will find u.. serious.. "
Penangkapan mahasiswa tersebut boleh dikatakan kerana kawannya sendiri. Oleh kerana Dhanyaraam " printscreen " status mahasiswa tersebut kemuan mengepost di dalam blognya.
u alls rasa kenapa dia buat macam tu ? fikir-fikirkan lah. suzie " no komen " coz takut Dhanyaraam " prinscreen " kenyataan suzie pulak.huhu... syabas kat beliau sebab berjaya up trafik beliau & masuk tv kot!!! glemer beb....bro, minta sign! suzie must joking rite ??? hahaha ---- =))
komen - komen yang suzie " prinscreen " dari entry beliau, " Biadap! Mahasewel mahu bom helicopter PM @NajibRazak! ! "




Blog Dhanyaraam ( suzie up trafik die lagi,kamon2 )
nota kaki://hati-hati u all bila nak post sumthing kt mana-mana laman sosial. harap dhanyaraam tak kena apa-apa tindakan dari Janartana kerana dendam.peace malaysia!!

Monday, December 6, 2010
Uncle Seekers Fail Pembelaan
Suzie nk nyebok sikit komen sal berita yang tengah hot sekarang ni.
agaga mungkin korg ada yang dah baca paper, yang xbaca g tu meh suzie nk cite skit.
Memang btoi nk cite sal Uncle Seekers kiter tu. Td suzie baca paper, suzie tertarik dengan berita "uncle Seekers fail Pembelaan".
SHAH ALAM - Pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussein Syed Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers akan memfailkan pembelaan ke atas beliau berhubung writ saman injunksi yang dikemukakan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aisyah Abdul Rahman.
Peguamnya, Wan Majid berkata, Uncle Seekers baru menerima saman itu dan akan memasukkan pembelaan dalam kes.
"Tujuan bagi menberi peluang kepada defendan untuk memasukkan pembelaan diri di mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian,semalam.
Menurutnya, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut berkaitan kes saman yang dikemukakan itu dengan defendan bagi meneliti segala fakta yang diberikan oleh plaintif.
Wan Majid daripada Tetuan Hafarizam Wan dan Aishah Mubarak berkata, selepas memfailkan pembelaan terpulang kepada defendan untuk meneruskankes ini ke peringkat seterusnya.
"Selaku peguam yang mengendalikan kes itu akan cuba sedaya upaya untuk mengadilinya dengan segala bukti yang ada.
"Saya akan dapat arahan dari Uncle seekers,"katanya.
Menurutnya, setakat ini hanya Uncle Seekers sahaja yang menerima saman, manakala bapa defendan, Syed Hussein Syed Al-Attas belum menerima apa-apa surat saman.
Sementara itu, Uncle seekers berkata, beliau akan mengeluarkan buku bertajuk "cinta syyhh" dan tidakl gentar dengan saman itu kerana mendakwa, segala fakta yang dikaitkan adalah salah.
"Saya akan menerbitkan buku itu. "cinta syyhh" adalah penceritaan antara saya dan dia.
"Maklumat dan fakta itu salah dan saya tahu kebenarannya." katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, beliau menyerahkan kes berkenaan kepada peguamnya.
Kelmarin, Cik Puan Siti Aisyah memfailakn saman ke atas Syed Abdullah kerana dakwaan membocorkan dan menyebarkan maklumat peribadi baginda.
''Baginda memfailkan saman itu di mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang untuk menghalang pendedahan maklumat berkaitan 'rawatan' yang diterimanya samada dalam bentuk lisan atau bertulis seperti blog, akhbar, buku, majalah, laman sesawang atau risalah.
Dalam fikiran suzie lah kan, kenapa Uncle seekers nak sgt dedahkan kisah "cinta syyhh" antara dia & Cik Puan Siti Aisya? Kalau setakat cerita tu hanya mengaibkan Baginda baik xpayah. Wat per dicanang kan samada hal dalam kain ke kelambu ke periuk ke..pandai makan pandai simpan r bro.
Tak cukup kot dengan gambar-gambar yang dh tersebar. Adeh malas nk letak kat sini.korg nk. korang cari sendiri k.
suzie pon der baca berita ni kat blog DJ. uols leh lah baca2 juga kt situ..
sekian dari suzie--- T_T ai ni men---
