7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang
digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures
mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam
institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain
berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7
Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang
terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut
memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.
Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang
graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada
guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah
(Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu.
Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka
turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih
menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan
hantaran perkahwinannya kelak.
Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar
selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik.
Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar
(Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz
Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam
perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang
wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja
yang melanda.
PELAKON
Membariskan pelakon muda seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana
Amir, Putri Mardiana. Turut dibantu oleh Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek.
Gandingan ini diperkuatkan lagi dengan bantuan pelakon lain iaitu Ustaz
Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz.Tarikh
tayangan belum di pastikan oleh pihak Metrowealth Pictures.Tunggukan
trailernya tidak lama lagi.
Trailer 7 Petala Cinta
p/s: Enjoy watching k! Hari ni baru ada masa nak tengok..Weeeee,,Neway, nk bagitaw follower suzie dah "888" thks sape sudi follow blog suzie. PeaceYo!!
Halop :) Hihihi penatnya.. rutin nya memang inilah kerja perempuan erk.Puas hati dapat vakum rumah, cuci kereta dan motor. Dah macam kat kedai cuci lak. GADIS CUCI !! huhu----- Suzie tak keluar pon hari ni. Lepak kat rumah jer.. Al-maklum lepas subuh sambung tidur, tengahari baru bangun. Anak dara apalah macam ni kan...Diam-diam sudah.. Penatlah. Suzie just topup tidur jer pon :)
Sorylah suzie takda idea yang bernas nak share kat blog suzie ler..Just kongsi apa yang suzie wat kat rumah je. Ok ini diary suzie..Eh u alls ada tengok program baru kat channel 132 tak? "Super Spontan"? Actually suzie layan juga sebab umi layan...huhu--- Program baru kat Astro, nice juga lah.
bukan beruang inilah, tapi beruang ini memang comel pon..
Angsa Ganas VS Beruang Comel
Kumpulan Beruang Comel dianggotai oleh Johan, Sathiya, Shahrol,
Ropie, Cat Farish, Yasmin Hani dan Bell Ngasri. Pengurus pasukan pula
Reza Zainal.
Kumpulan Angsa Ganas pula terdiri daripada Zizan, Rahim R2, Tauke, Riezman
Khuzaimi, Zahid, Suhaimi Yusof dan Nana. Dan pengurus pasukan
ialah Rashid Salleh.
Prevew:
#ULASAN
Secara keseluruhannya nampak ok, cuma kumpulan Beruang Comel nampak berat sebelah sebab tidak memberi peluang pada Sharol (shiro) untuk beraksi untuk kumpulan mereka. Padahnya pulak Sharol akan disingkirkan atas undian kumpulannya sendiri. Dah nampak sangat Kumpulan Beruang comel mahu keluarkan Sharol. Pelik lah, bagilah Sharol peluang, walaupun dia paling junior tapi dia juara Rajalawak 6 kot. Tapi rezeki Sharol masih bersama Beruang Comel apabila tiada penyingkiran berlaku :)
So far, kumpulan Angsa Ganas ok sangat-sangat. Kumpulan ini pandai bahagikan tugas samarata. Suke kumpulan ni sebab ada Zizan.. Hahaha.. Amir I'm Sorry pula sebagai pengulas a.k.a batu api yang selalu dibuli peserta-peserta. Memang comel lah amir, tapi kesian asyik ken dukung jer. Oh yer, lupa plak pengacaranya yang comel...Kak Adibah Nor. Dia pon jadi gile-gile join program ni. Boboi pon pengulas bersama Amir Rajalawak.
Hilang juga stress bila layan rancangan lawak-lawak macam ni. Thanks Astro..Gilakan hari saya------
Dear, kamoo kenal tak awek ni? Suzie tak kenal lah. Macam awek siam tapi macam melayu. Ala siam dan melayu memang mukanya lebih kurang kan. Keesamus banyak video nyanyian kat YOUTUBE. Tapi kebanyakan lagu-lagu yang dinyanyikan lagu melayu. Dan yang peliknya, macam bukan dia yang nyanyi lah. Pelik, pelik lah----- Huhu. :p Suara dan gerakan mulutnya lari.....Jom kejar. Hahaha! Dan yang pelik nya suzie terikut-ikut reyot-reyot mulutnya menyanyi. hik3
Keesamus, kamoo siapa erk? Grrrrrrrr--- Per pon korang layan jelah video awek ni. Peace Yo!
Hai yang tersayang, buat apa? Ok suzie baru lepas tengok drama siri LESTARY " 3 Janji " iaitu drama terbaru yang menggantikan " Vanilla Coklat ". Well, episod pertamanya agak slow. Tapi suzie tertunggu-tunggu next episod. Hope tak boring :) nak sweet macam drama " Vanilla Coklat " juga. Ok korang layan dulu apa yang suzie hidang untuk entry kali ini ok...
Drama 3 Janji
Pelakon :
Liyana Jasmay
Shahrizal Jaszle
Shah Iskandar
Sinopsis Drama 3 Janji
Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM. Dalia redha dengan pemergian kawan rapatnya Khursyi dan dia selalu ingat akan 3 Janji yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman terbaik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan terakhir mencari suami terbaik. Kini muncul dalam hidup Dalia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi? Saksikannya bermula malam ini jam 9.00 malam di TV3.
Adnan Sempit 2 merupakan filem aksi komedi yang akan menyempitkan saluran pernafasan anda,akibat ketawa yang berdekah-dekah di dalam panggung wayang nanti pada 23 Februari 2012 ini.Filem yang dinanti-nantikan ini merupakan kesinambungan dari Adnan sempit yang dahulunya memenuhi citarasa segenap lapisan umur.
Pelakon utama sudah tentulah dibarisi oleh Shaheizy Sam(Adnan),Intan Ladyana(Nadia),Yana Samsudin(Wawa) dan Along Cham (Bobby) disamping dibantu oleh pelakon-pelakon lain.
Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
Haluuu u alls..Huhu... Korang-korang, suzie jumpa "Barbie doll" hidup! Comel giler kot. U alls pernah tengok tak? Mesti pernah kan. Nama dia Dakota, umur baru 16 tahun. Alamak kalau dapat pinjam sekejap pon jadi ar budak ni. Haish kenapalah comel sangat erk. Sebab make up or original ni? Jom layan picture dia. Tak puas renung ni :))
Jom tengok video dia plak, tak tahu ape motif dia berposing dengan gaya yang sama. Jual baju kot :) Ape pon dia buat memang semua nampak cute. Geram!
Haii---- weh korang. Wat per tu? Tengok cerita "apa celop" tak? Haha. Suzie tengah tengok ni. So far ok la, cuma kontroversi nya sekarang ni tajuk cerita ni. Ok tadi suzie dah search maksud dia, memang lucah..Tapi betul ke? Mana datang maksud tu? Kamus dewan bahasa ke? --- hohoho ---
Wehx3 para blogger, samaada yang otai or newbie.. Lucahx2 "apa celop" ni pon korang guna juga dalam entry korang kan.. Hai...janji traffic masuk. So, jangan nak hipokrit sangat lah :p
#FAKTA
nota kaki://kita semua sama jer.Sory ketandusan idea-----=.=
Suzie suka persembahan Gman, tiap-tiap minggu tertunggu-tunggu kumpulan Gman beraksi. Dorang ni comel lah. Sorang tinggi dan sorang rendah. toik3...
Biasalah kalau pertandingan realiti program nie kan? Walau sehebat mana pun persembahan di atas pentas, kalau undian peminat atau penonton tidak menyebelahi peserta, maka terkeluarlah daripada sesuatu pertandingan tersebut. Inilah yang terjadi kepada Kumpulan Gman Raja Lawak musim ke 6 nie. Walaupun persembahan mereka pada minggu kelima nie mendapat pujian daripada pengkritik, tetapi mereka tetap tersingkir.
Persembahan bertemakan Muzikal pada minggu kelima ini, nyata Kumpulan Gman mampu mempersembahkan dengan baik sekali sehingga penkritik, Satiya berdiri dan bertepuk tangan memuji kehebatan persembahan mereka pada malam itu. Namun, bukan rezeki Kumpulan Gman untuk meneruskan perjuangan mereka dalam Raja Lawak musim 6 ini pada minggu hadapan.
Dua daripada kumpulan yang mendapat marakah terendah adalahl Kumpulan Riki dan Kumpulan Skema yang masing-masing menunjukkan persembahan yang hambar dan tiada sorakan langsung daripada penonton di studio tetapi selamat pada minggu kelima ini yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.
Minggu kelima ini adalah bertemakan Muzikal dan sudah pasti adalah minggu yang dinantikan oleh semua peserta dan semua penonton. Pembukaan persembahan oleh peserta pertama Kumpulan Zero yang membawa watak kumpulan 3 adik beradik, KRU ternyata berjaya mencuit hati penonton dan pengkritik Raja Lawak 6 ini.
Kumpulan Gman yang dianggotai Lokman Hakim Mat Shum dan Mohammad Aizat Ahmad Nazri adalah anak didik Cif Kecil Yus (Jambu) dan Yus juga terkilan dengan anak buahnya, Gman yang terkeluar pada minggu kelima ini.
minggu ini yang paling tak tahan :))
nota kaki://Harap muka Gman tak kan terus hilang dari dunia lawak. I'm waiting for u Gman.
Hai u alls. Kenal tak mamat atas tu? Itulah boyfriend suzie. Ops! ramai giler marah kalau suzie buat statement macam tu erk. Ala- ala gurau jer pon. Actually suzie kenal dia pon dalam cerita " Vanilla Coklat ". Huhi...tak tengok sah-sah rugi besau ok. :) Umi saya pon tiap-tiap minggu tertunggu-tunggu. Cerita ni main tiap hari selasa pukul 9 p.m kat TV3. Kalau u alls nak tahu,s ebelum bergelar pelakon, Aiman Hakim Ridza merupakan salah seorang protege program Mentor. Gurunya tak lain tak bukan ialah Rahim Maarof. Mungkin tiada rezeki di bidang nyanyian, Aiman terjun ke bidang lakonan dan terus meletup dengan drama pertamanya, Vanilla Coklat. Lakonan romantik Amir ( Aiman ) bersama Zara ( Izara ) di dalam drama tersebut ternyata meruntun jiwa para gadis.
♥ ----- Biography -----♥
♥ Amir Ashraf @ Aiman Hakim Ridza @ Aiman Mentor 5
♥ Born on January 17th, 1989 in Johor Bahru.
♥ Lived in Johor Bahru until 1990 and then moved to Pulau Pinang with his family until 1994. From 1994 onwards, Aiman lived in Subang Jaya and Shah Alam.
♥ Of Aiman’s football story :
In 2001, he was made captain to represent the state of Selangor in Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia.
In 2004-2005 : - Represented Malaysia in the Youth World Cup Under 17 (FIFA) in Tokyo. - Represented Malaysia in various international football competition (under 17) in Jakarta, Hong Kong and Bangkok.
Awek Aiman? Oh damn! merana awek-awek sedunia. apepon suzie doakan jodoh yang terbaik buat Aiman. Luv u Aiman...hihi----- tergatal jap!
nota kaki://mahu jodoh sehensem Aiman ada tak? hahaha tak boleh blah minah ni sorang..
Hai u alls, wat pe? suzie baru habis lepas tengok cerekarama kat tv3. Suke lah! Sape erk nama budak comel dalam drama tu? eeee geram tengok nyer.. suke bile die cakap "terbaikkkkkk punyer!". hahaha ----- =)) suzie try cari kat "pak gugel" pon tak da. auwwhhh! Nak snap pic pon tak teringat plak. So bagi yang tak tengok drama "mr labuci" ni mesti blur-blur lagi kan. Okeh suzie dah culik video dari "mak cik utube". tengok lah. Hav fun! :p
nota kaki:// i wish one day nak anak cute & mulut manis cam "mimi". (*_____'')
Hai u alls..selamat hari khamis ! Hari ni suzie dapat emel dari Gua.com----- suh undi peserta "TIRU GAYA ARTIS"---- SO, suzie nak ajak u alls undi sama. Jom support mereka ! :p
Hello u alls ----------- ♥ Sihat tak? Suzie doakan u alls sihat sentiasa. So, boleh buat ape yang u alls suke. U alls, suzie demam cinta ni --------- ♥ Actually petang tadi suzie tengok Astro, cerita "Ungunya Cinta". Sharnaaz berlakon yeaw!!! dup dap dup dap ------- ♥ sayer! Beliau ni memang cute + maskulin + hensom + macho = I ♥ HIM damn much !!! 1ST drama yang suzie leh minat kat dia dalam "Dottie". Aksi suzie --------- WoW!! U alls jangan lupe tonton drama "Bicara hati" @ astro prima setiap selasa pukul 9p.m!
Suzie ni susah sikit nak minat retis tapi tengok Sharnaaz suzie leh minat lak. Gaya die ada sikit2 macam Zulhuzaimi. tu pon peminat suzie. Ops!! suzie minat ----- hahaha =)) So di sini suzie nak umumkan yang "Sharnaaz Basir Ahmad, Suzie yang punyer!!!" Haha relex ar, jangan marah-marah nanti kena jual ! -------- guraw jer ♥ Kan dia tu public figure..... Hak orang ramai ------- ♥
---= suzie xminat k-pop bagai okeh, tergeliat lidah suzie nak sebut nama dorg.i lurve jejaka malaya like Sharnaaz. Saya perempuan melayu taw-taw =-----
nota kaki://harap-harap sharnaaz berjaya dalam bidang yang diceburi & xmo ada publisiti murahan okeh. kami selaku peminat anda mahu rekod yang BERSIH !!!Sempena hari pembebasan Anwar Ibrahim. Ape kaitannya? Sila abaikan.hihi-------♥
Hai u alls----sihat semua nyer? suzie sehat + gumoook lagi! suzie xder modal lah nak post kt blog ni. Gigi suzie belum sihat lagi----sakit (#......@) Actually suzie pelik kenapa dalam sebulan ni keywords "Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen" jer erk? tak der ke nama lain yang u alls nak tengok kt blog suzie ni. boring kot asyik nama dier jer------(0.0) tak cayer tengok yang suzie "printscreen" kat bawah ni....
u alls xkenal beliau ker?? die pernah glemer dulu sebab Ini&Ini suzie pernah lah buat entri pasal dier, tulah sebab bile orang search je jumpa blog suzie.ye tak?Tapi 2 entri je pun.Itu pon rasa nak delete entri tu sebab taknak aib kan sape2 dah.------hurm(",) bawah ni picture beliau & adiknya...
Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen
Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Ekceli suzie pon baru taw dorang ni adik beradik . Itu pon sebab baca METRO tittle "Nelydia bakal gugat". Okeh u alls itu je kot. Suzie tak minat kedua-duanya, so tak reti nak cerita "huhahuha" bagai sal 2 beradik ini......
ok ok ok..ni enrty umum.semua leh baca.xder pic kiss2.hik3 Tapi still kes Nabil & Uqasha
Juara Raja Lawak 2, Nabil Ahmad, 27, yang pernah dinobatkan Bintang Paling Popular dikatakan bakal berdepan kemerosotan populariti selepas satu persatu ‘skandal’ beliau didedahkan media massa sehingga putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28.
Terbaru, penulis mendapat maklumat, Nabil dikatakan dilihat bersama ‘teman tapi mesranya’ yang dikenali sebagai Uqasha, 18, di pusat peranginan popular di Phuket, Thailand, 27 Oktober lalu.
Kebetulan pada tarikh berkenaan, di pulau pelancongan itu sedang berlangsung acara Rangkaian Radio Media Prima Media Getaway 2010 Phuket bermula 27 hingga 29 Oktober lalu yang menghimpunkan ramai personaliti radio bersama teman wartawan.
Difahamkan, sekumpulan wartawan hiburan TV yang sedang bersiar-siar di sepanjang Bangla Road, sekitar Pantai Patong kira-kira jam 10 malam, terserempak dengan Nabil yang kebetulan sedang berjalan-jalan di situ sambil berpimpin tangan dengan Uqasha! Khabarnya, selain Nabil dan ‘teman tapi mesranya’ itu, turut bersama mereka ialah seorang wanita lain dipercayai ahli keluarga Uqasha. Menurut sumber, wanita berkenaan berjalan di belakang Nabil dan Uqasha.
Khabarnya, sebaik menyedari gelagat romantik beliau menjadi perhatian sekumpulan teman wartawan, Nabil terus melepaskan tangan Uqasha, sekali gus air mukanya berubah dan kelihatan cuak! Berdasarkan maklumat sumber, dia masih ingat kata-kata Nabil sebaik terpandang wajah teman wartawan: “Hei, korang buat apa kat sini?” Difahamkan, Nabil sempat bersembang sekejap dengan seorang teman wartawan yang juga kawan rapatnya.
Hasil risikan penulis, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Difahamkan, mulai tahun depan Uqasha dijadualkan melanjutkan pelajarannya di Kolej SEGi Subang Jaya, Selangor. Uqasha atau Sha adalah anak kedua daripada tujuh beradik dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Buat sementara waktu, Sha turut berjinak-jinak sebagai pelakon, manakala drama terbarunya berjudul Lukisan Hati.
Menerusi maklumat tambahan, kakak sulung Sha bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka, manakala adiknya adalah seorang aktres remaja yang sedang meniti populariti apabila drama bersiri lakonan beliau masih disiarkan di TV3. B*POP terbitan 31 Oktober lalu mendedahkan kisah percintaan hampir tiga tahun antara Nabil dan Irma yang sudah terlerai, selain turut diselitkan sekeping foto kiriman blogger memperlihatkan foto Nabil bersama Sha di sebuah restoran. Irma menyifatkan punca perpisahan mereka adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum mahupun peminat mereka.
Blog yang bertarikh 16 Oktober itu mendakwa, Nabil tertinggal sampul hadiah yang diberikan Sha di restoran berkenaan. Difahamkan, isi kandungannya berupa surat cinta dan baju kotak-kotak yang dihadiahkan Sha kepada Nabil sempena ulang tahunnya ke-27 pada 26 September lalu. Menurut sumber, selepas menemui Sha pada tarikh berkenaan, Nabil terus menghadiri majlis hari jadinya yang dirancang Irma secara mengejut di rumah kenalan mereka di Kota Damansara, Selangor.
Apa yang menarik, menurut sumber, Nabil masih mengenakan pakaian sama ketika menemui Sha apabila menghadiri sambutan hari lahirnya bersama Irma selepas itu!
B*POP minggu lalu melaporkan, Irma yang juga pengacara program hiburan, Galaksi di TV9, membuat `lawatan mengejut' ke kondominium baru dibeli Nabil di Changkat View, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur selepas berlakunya beberapa siri perselisihan pendapat antara mereka sejak kebelakangan ini. Tarikh ‘lawatan’ berkenaan dikatakan pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 4 pagi.
Menurut sumber rapat pasangan berkenaan, hati Irma hancur luluh apabila dia melihat Nabil bersama gadis lain di kondominium itu! Namun, ia tidak memperlihatkan Nabil berdua-duaan dengan gadis yang difahamkan bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan itu, sebaliknya bersama mereka ialah seorang kawan baik Nabil dikenali sebagai Reza.
Hasil maklumat juga mengatakan pramugari berkenaan dikenali sebagai Teh Intan Nazira berusia awal 20-an. Justeru, pramugari yang dikatakan ditemui bersama Nabil pada malam berkenaan bukan Nik Zaris Uqasha Senrose!
Akui punca putus cinta terlalu peribadi
Nabil ketika menghubungi penulis lewat petang Selasa lalu menjelaskan: “Dalam blog tersebar cerita, kononnya Uqasha adalah pramugari yang dikaitkan dengan saya sebelum ini, tapi yang sebenarnya bukan. Dia (Uqasha) tak ada kena mengena dengan gosip yang disebarkan oleh sumber kepada B*POP minggu lalu.”
“Seperkara lagi, saya mengenali Uqasha apabila putus cinta dengan Irma kira-kira sebulan yang lalu iaitu selepas kami lama tidak bertegur sapa. Hubungan saya dan Uqasha sekadar kenalan biasa selepas dipertemukan beberapa teman. Saya dan Uqasha tak pernah dating atau keluar berdua saja, sebaliknya pertemuan kami lazimnya ditemani kawan lain,” kata Nabil yang akhirnya mengakui baru saja berkenalan dengan Uqasha.
Menerusi B*POP minggu lalu juga, Nabil mendakwa dia masih kekasih Irma, kini baru dia mengakui mereka sudah putus cinta. Justeru, apa maksud Nabil berdolak-dalik memberikan kenyataan sebelum ini? Nabil yang menghubungi penulis Ahad lalu memberikan penjelasannya.
“Memang benar saya dan Irma putus kasih. Namun, punca berakhirnya percintaan kami terlalu peribadi untuk dijelaskan kepada umum. Pun begitu, saya tidak pernah berniat menipu mengenai status hubungan kami. Saya terpaksa mengakui masih menyintainya kerana ingin menyelamatkan perhubungan kami. Saya berniat untuk memperbaiki keadaan dan cuba pujuk Irma supaya kami berbaik semula.
‘Saya kini masih single’
“Namun, apabila Irma membuat kenyataan untuk berpisah dan tidak akan kembali, saya akur dengan keputusannya jika itu jalan terbaik untuk saya dan dirinya. Tak ada rezeki saya dan Irma membina rumah tangga, hasrat kami tidak kesampaian. Buat masa ini, saya nampak antara kami memang tak ada jodoh, mungkin hati Irma dah tertutup untuk saya. Tapi, pada masa depan kita tak tahu macam mana,” jelas Nabil seperti mengharapkan hubungannya bersama Irma mampu dipulihkan.
Apabila ditanya benarkah Nabil dan Uqasha kini pasangan kekasih apabila mereka didakwa bercuti di Phuket, baru-baru ini, Nabil menjelaskan: “Saya ke Phuket bukan bersama Uqasha, sebaliknya ditemani kawan-kawan motosikal saya. Tapi, pada masa sama, Uqasha pun bercuti di situ bersama keluarganya. Dia tahu, saya ke Phuket pada tarikh berkenaan.”
“Pun begitu, ketika terserempak dengan sekumpulan wartawan hiburan TV, kami bukan berdua, sebaliknya saya ditemani kawan-kawan, dia pula bersama kakaknya. Saya memang tak setuju jika ada dakwaan saya bercuti bersama Uqasha di Phuket! Selepas pertemuan untuk makan malam, keesokan harinya saya sambung bawa motosikal, namun dia masih meneruskan percutiannya di Phuket."
“Terus-terang, selepas putus cinta dengan Irma, saya masih single. Hubungan saya dan Uqasha hanya kawan semata-mata. Yang pasti, Uqasha bukan punca saya putus cinta dengan Irma,” kata Nabil mengakhiri perbualan.
Komen suzie : erm..baca boleh, percaya jgn! kak Has nk taw sape uqasha & dier ke pramugari tu yer...aisey,,,ni je suzie dapat.baca r.Jgn caya si capang ni dah. Playboy bujet top star je..
Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Difahamkan, mulai tahun depan Uqasha dijadualkan melanjutkan pelajarannya di Kolej SEGi Subang Jaya, Selangor. Uqasha atau Sha adalah anak kedua daripada tujuh beradik dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Buat sementara waktu, Sha turut berjinak-jinak sebagai pelakon, manakala drama terbarunya berjudul Lukisan Hati.
pramugari berkenaan dikenali sebagai Teh Intan Nazira berusia awal 20-an. Justeru, pramugari yang dikatakan ditemui bersama Nabil pada malam berkenaan bukan Nik Zaris Uqasha Senrose