Assalamualaikum -- ♥ Haloooo -- :) Hai all, FYI suzie last day kerja hari ni.. Hurm suzie nak ikut En. Suami tinggal kat Ipoh. Rumah kami, "Rumahku, Syurgaku." Actually, suzie rasa sangat-sangat excited. Hope everyting will be ok , always always and always.. huhuhu :) Ok bab suzie last day plak, act suzie kerja dengan salah sebuah syarikat guaman di Kota Bharu sebagai kerani Bahagian saman PTPTN dan typist Bahagian Conveyancing. Wohuuuu :p Hope, lepas ni suzie dapat kerja asap lah..... Insyallah :) So, bye-bye Nasri & Rifa'ah bye-bye kawan-kawan
Halo sayang-sayang, actually bukan tajuk lagu tu ok :)
Masa suzie tengah drive nak pergi kerja, suzie sempat dengar topic kencanabilim kat Radio Suria. Topic nya "Pengangkutan ke tempat kerja". FYI, suzie drive kereta sendiri pergi kerja sejak-sejak dah sedikit berani ni :p. Tiba-tiba der kereta pancung suzie, Amboi-amboi..... kalau mulut boleh cakap laser. Kalau kereta kita panggil kurang ajar lah kan. Kalau dia pancung secara berhemah takpe lah. ini..... &@#%%!!)( Bagi yang still tak tahu, suzie stayKota Bharu Kelantan ( Serambi Mekah ). And sebelum ni suzie stay Ipoh Perak. Selama suzie stay Kota Bharu, suzie dapat lihat perbezaan cara orang Kelantan and Perak drive. Cara orang Kelantan drive memang agak Agresif berbanding orang Perak yang cool. Bukan nak mengutuk dan bukan nak memuji tapi itu kebenaran... Peace no war..
Gambar sekadar hiasan
FYI, di KB (singkatan untuk Kota Bharu) kalau yang memandu itu adalah si pemakai kopiah.. cara memandunya memang agak kurang asam. Very-very-very selfish! Ibarat kata, "janji aku lepas, korang lantak lah". Haaa itu dia! Tapi kalau abah suzie yang drive pula, misal kata ada kereta depan dia yang pandu slowor ke kiri ke kanan atau something yang boleh buat darah dia naik. apabila dia lintas, kalau perempuan yang drive dia akan kata camni, "oh, patutlah perempuan!". Then kalau lelaki pandai pula dia senyap kan.. Al-maklum sejenis..... Tapi suzie rasa selesa kalau tengah drive tu depan dan belakang, perempuan yang drive. Rasa selamat sebab perempuan drive sangat-sangat berhati-hati. Kalau slow, then kita nak cepat just lintas lah kan... Berbanding kalau lelaki, dia akan cucuk-cucuk belakang kereta kita. "Eh bro, lu macam mencabar gua je kan..." Then kalau dia lintas pon dengan Egonya.. konon, "Hahaha aku lelaki, kau perempuan, tak payah drive, duk rumah jer!" Cehhh kerek kau kan wahai lelaki.. Otak tu silalah jangan sempit sangat...
Ok ok, ini just luahan suzie.. tamao marah-marah ok lelaki. Actually bukan semua lelaki macam tu kan. Tapi kata orang, "kerana nila setitik, habis susu sebelanga".. Am i right? So, start hari ini marilah kita memandu secara berhemah, tanpa perlu orang maki-maki kita dan tanpa perlu stress ketika di atas jalan raya. Selamat memandu semua :))
Kawan-kawan, saya nak tanya kamoo~ betul ke perempuan yang berperangai ala-ala kasar macam lelaki ni sebenarnya lebih lembut dari perempuan yang original + comfirm ayu tu? hihihi :)) Tak boley blah toii, suzie heran + pelik dengan diri sendiri kenapa murah sangat airmata suzie ni? Gaya lagak cam berlagak, sombong, kerek, kasar ++++ tapi sebenarnya suzie ni lembik. Lembut pon ley tahan lagi, ini LEMBIK! Sampai teman lelaki suzie pon tanya kenapa mudah sangat suzie menangis? Dah macam wan maimunah, ratu airmata. What??! Pada awak tu, jangan salahkan saya kalau saya menangis. Ofcourse lah kalau menangis sebab awak wat. Werkk--- :p
Weh-weh sudah tu, Actually suzie nak cerita pengalaman suzie pada 2 hari yang lepas... Jeng~jeng~jenggg!!! Begini, suzie selalu datang office paling awal sekali. Office hour mula pukul 8.30a.m. tapi suzie dah sampai office around 7.30-7.50a.m. So, selalu suzie akak happy-happy sebab nak sambung tido. Tapi hari tu......pelik!
kenapa tempat rehat kami jadi selerak gini? apesal telekung bersepah? jantung dah start dup-dup-dup! try tengok department sebelah.
Haaa? kenapa bersepah macam ni? try masuk bilik bos pulak.
aik! selalu memang meja die bersepah, tapi ini dah ter-ter-terlalu bersepah kot!
ini laluan ke meja suzie. eee geramnya tengok!
oh tidak! tempat sayakah ini? Apa yang kaw cari???
Kelam-kabut suzie keluar office dan call boss. Boss yang balik last semalam, tu suzie tanya die dulu. Boss cakap maybe office kena pecah masuk. Boss suruh suzie tunggu kat bawah, luar office tunggu polis datang. Tak lama, boss datang sekali dengan polis. Lepas polis ambil statement suzie, suzie diminta pergi balai polis buat laporan. Aiyook! Kat balai suzie cerita apa yang terjadi. Dah settle, pak cik polis pon anta suzie dan member balik office.
oit pencuri, apa kaw cari bawah sofa tu? giler!
akak polis ni tengah amik cap jari yang dipercayai naik melalui tingkap. Tula pandai sangat boss, balik suke sangat biar tingkap terbuka. Petty cash atas meja, laptap atas meja. Tak pasal-pasal kaya pencuri tu, Dapat 2 laptop, duit cash lbih 3k, jongkong emas anggaran bernilai 20k, cincin emas 6 bentuk..
8 hb 6, 2012, hari jadi umi saya ( Na Emas Binti Osman ) yang ke-54. Selamat hari jadi umi. Terima kasih kerana jadi seorang ibu yang baik kepada kami 7 beradik. Alhamdulliah tahun ini kita masih berkesempatan sambut sama-sama lagi. Kami adik-beradik doakan umi & abah panjang umur dan murah rezeki. Insyallah~
Tq kat kakak sebab sponsor kek cute ni :)
Kelam kabut sambut birthday dengan anak-anak buah ni. Macam-macam ragam diorang ni. Yang itu merajuk, yang ini menangis.. Semua gara-gara nak duduk dekat dengan kek. Adoyai~
song :
"selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi umi,
selamat hari jadi."
ok silap orang, birthday nenek..k.ngah yang sibuk-sibuk tiup. setahun ntah berapa kali nak tiup lilin. Hai budak gemuk ni. Over..hahaha :)
Apa khabar kamu semua? Suzie harap semua sihat - sihat sahaja :) Alhamdulillah suzie sihat. Actually suzie tengah pening ni. Bukan pening sakit kepala, cuma pening macam mana nak hafal and study nota - nota lama yang suzie dah tinggal waktu poli dulu. :( Suzie memang tak suke menghafal.. Oh tidak!!! Mesti kamu tertanya - tanya kenapa suzie nak hafal - hafal bagai kan. Isnin depan suzie ada interview lagi lah. Wish me Luck k!
Eh kamu - kamu, kamu tak puasa ke bulan rejab ni? Bulan rejab bulan Allah tau. Suzie pon dah start puasa. Suzie nak puasa sebanyak mungkin, awal bulan rejab hari tu tak boleh sebab ada masalah perempuan :p Meh suzie nak share Khasiat puasa di bulan rejab.
1. Barangsiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.
2. Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan yang besar di sisi ALLAH SWT.
3. Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
4. Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
5. Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
6. Barangsiapa yang berpuasa sepuluh hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
7. Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
Niat puasa bulan Rejab ialah :
"Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala"
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Wah kami dapat baby........... Seronok sangat. Hati yang sedang susah jadi tenang bila tengok baby.. Maybe baby ni masih suzi suci kan. Tak ada dosa lagi. Sesuci kain putih tanpa sedikit pon cela. Kan bagus kalau suzie pon macam tu, wahhh nak jadi baby balik r. :) Actually ini baby boy sepupu suzie. Baru hari ni sempat g melawat dia, abah bz :( Baby ni lahir melalui operation, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Baby sihat selamat dilahirkan. Alamak ! tiba-tiba rasa teringin sangat nak ada baby sendiri. Insyallah nanti kan......... Sabar ~
Hohhhhhhhhhh ------> mengeluh orang malas nak hapdate blog
Apa khabar korang? Suzie sihat dan happy sejak balik dari Ipoh hari tu :) -RAHSIA- Sorry suzie tak hapdate blog lama. Last post pon yang 20/04/2012 tu jer. Asyik dok koya sokmo... Actually tak banyak yang suzie nak share hari ni. Just "cover facebook". Doodles yang comel-comel, Suzie jadi suke pulak ada "timeline" sekarang ni.
Hallo..hallo..hallo...Apa kabar semua? Suzie sihat alhamdulillah. Maaf yer suzie tak blogwalking, suzie masih di Ipoh Perak lah. Insyallah, malam esok baru balik Kota Bharu Kelantan. Holiday sakan kau. Obcos lah.. Dah lama tak cuti dan berjimba bersama teman-teman. Inilah masa nak jumpa kawan yang dah lama suzie tak jumpa. Rindu bangat!! Kitorang deal jumpa kat Aeon Station 18 Ipoh. Taraa.......dah jumpa pon. Owh shopping kat Padini.. Sesi peluk cium. Aummmm!
Haloooo..lamanya tak hapdate blog. Ingat tak rindu? Rindu teramat sangat! Tapi tak da masa lah. Thanks Bro Boni perasan suzie tak hapdate blog. Maknanya kamoo selalu skodeng suzie. Hiiiiiiiii :) Actually suzie hapdate dalam bus ni, ambik kaw! Takda masa sangat kan. Suzie OTW ke Ipoh, Perak. Ada interview...Hope u alls sudi doakan suzie selamat sampai dan pulang ok. DAN doakan suzie ada rezeki untuk dapat kerja ini.
AMIN ~
Haa u alls sebenarnya suzie nak cerita apa yang suzie nampak kat stesen bus tadi.. Ok tumbuh tanduk atas pala dah nih---- Suzie nampak awek cun weh.. FUH! Kulit putih bersih weh..Tak tahu dah mandi ke tak kan. Tapi kecantikannya memang original r... Akak ni pakai baju kelawar ler..Tak tahu cane baju kelawar tu? sila tanya pakcik gugel lah k.
Kalu suzie pakai mesti macam makcik-makcik, tapi akak ni pakai macam die pakai kebaya lak. Berbody-body lagi. Actually akak, suzie nak minta maaf ler sebelum nak komen ni kan.. Baju akak jarang lah. Adoi...Sexy! Lepas tu akak silang tudung akak ke belakang, nampak lurah! Astafirullah... Nak suzie tegur? Eh mak dia depan dia, kalu boleh tegur pon. mak dia lah. Apa pon beringatlah sebelum berpakaian walaupun hanya pakaian simple :)
Dalam bus pon boleh :)
p/s: ok dah, sejuk dalam bus ni. Nak tidur dulu. k bai-----
Halop :) Hihihi penatnya.. rutin nya memang inilah kerja perempuan erk.Puas hati dapat vakum rumah, cuci kereta dan motor. Dah macam kat kedai cuci lak. GADIS CUCI !! huhu----- Suzie tak keluar pon hari ni. Lepak kat rumah jer.. Al-maklum lepas subuh sambung tidur, tengahari baru bangun. Anak dara apalah macam ni kan...Diam-diam sudah.. Penatlah. Suzie just topup tidur jer pon :)
Sorylah suzie takda idea yang bernas nak share kat blog suzie ler..Just kongsi apa yang suzie wat kat rumah je. Ok ini diary suzie..Eh u alls ada tengok program baru kat channel 132 tak? "Super Spontan"? Actually suzie layan juga sebab umi layan...huhu--- Program baru kat Astro, nice juga lah.
bukan beruang inilah, tapi beruang ini memang comel pon..
Angsa Ganas VS Beruang Comel
Kumpulan Beruang Comel dianggotai oleh Johan, Sathiya, Shahrol,
Ropie, Cat Farish, Yasmin Hani dan Bell Ngasri. Pengurus pasukan pula
Reza Zainal.
Kumpulan Angsa Ganas pula terdiri daripada Zizan, Rahim R2, Tauke, Riezman
Khuzaimi, Zahid, Suhaimi Yusof dan Nana. Dan pengurus pasukan
ialah Rashid Salleh.
Prevew:
#ULASAN
Secara keseluruhannya nampak ok, cuma kumpulan Beruang Comel nampak berat sebelah sebab tidak memberi peluang pada Sharol (shiro) untuk beraksi untuk kumpulan mereka. Padahnya pulak Sharol akan disingkirkan atas undian kumpulannya sendiri. Dah nampak sangat Kumpulan Beruang comel mahu keluarkan Sharol. Pelik lah, bagilah Sharol peluang, walaupun dia paling junior tapi dia juara Rajalawak 6 kot. Tapi rezeki Sharol masih bersama Beruang Comel apabila tiada penyingkiran berlaku :)
So far, kumpulan Angsa Ganas ok sangat-sangat. Kumpulan ini pandai bahagikan tugas samarata. Suke kumpulan ni sebab ada Zizan.. Hahaha.. Amir I'm Sorry pula sebagai pengulas a.k.a batu api yang selalu dibuli peserta-peserta. Memang comel lah amir, tapi kesian asyik ken dukung jer. Oh yer, lupa plak pengacaranya yang comel...Kak Adibah Nor. Dia pon jadi gile-gile join program ni. Boboi pon pengulas bersama Amir Rajalawak.
Hilang juga stress bila layan rancangan lawak-lawak macam ni. Thanks Astro..Gilakan hari saya------
Hai..Urm baru reti nak hapdate blog kan. Ya Allah, kenapa lah sengal sangat rasanya. suzie sekarang malas giler nak hapdate blog. Balik keje je penat kan, rehat........Pas tu ZZZzzzzz ~.~ Oklah, actually suzie happy lah sebab tadi borak-borak dengan kawan kat FB chat. Weh! Bukan calang-calang kawan ni. Ini kawan yang suzie dah lost contact lama sangat. Last jumpa masa form 3 ( 2001 ). Korang cuba kira dah berapa tahun kitorang lost contact.
Sembang punya sembang, terkeluar pasal JEJAKA IDAMAN MALAYA masa form 1 - form 3. Adoi Amy, cane lah ko leh mention nama mamat kerek tu. Oh tak suke betul. Tahulah dulu kita gaduh sampai tarik-tarik rambut rebutkan mamat tu ( ok, tipu jer...... ) HAHAHA... Tak mahu lah ingat dia tu. Muka memang lah handsome, tapi kerek + poyo. Sudahlah masa sekolah menengah sekelas, hari-hari terpaksa ngadap muka die yang macam handsome sangat tu. Masuk politeknik pulak sekali, Nasib tak sekelas. Bila terserempak siap jeling lagi. Ai mak kau, OVER! Bluwerk.....TAK SUKE KAU!!
p/s: Jangan lupa apply jawatan Sarjan Polis dalam SPA8i ok :)
Haii kamoo-kamoo..Hiiii Sory tak banyak masa lah sekarang ni. Actually hari ni suzie nak mengadu dengan korang. Hurm :(sedih lak.Suzie ada masalah kat tempat kerja. Rasa tak boleh nak simpan dah. Sebenarnya suzie baru start kerja kat company sekarang ni tak sampai pun 3 bulan. Dan sekarang rasa dah tak tahan sangat. Semua sebab senior bahagian suzie tu, nampak depan baik, lemah-lembut tapi.... Urm :(
One day ni, suzie kena panggil dengan bos. Dia tanya kerja ok x? Suzie cakap lah ok je. Lepas tu dia buka cerita. Dia cakap senior suzie cakap suzie ni tak responsive. @________@ Sampainya hati senior suzie nak jatuhkan suzie, padahal suzie buat kerja dia dah macam hamba abdi. Then dia mengadu suzie asyik main FB dan BLOGGING. WHAT!!?
** Tak pe...sabar suzie. Ya Allah, kenapa dia tak sedar kerja dia selama ni suzie dah ambil alih. Tak nampak ke, buat-buat tak nampak? Ok, bos cakap kalau apa-apa tak faham boleh tanya senior suzie. Ok fine, suzie tanya. Bila suzie tanya dia leh marah pulak. "Kak X rasa suzie ni tak faham-faham lagi! "
Dooo memang lah tak faham, Kak X tak pernah ikhlas nak guide saya pon. :( Bila tanya marah, bila tak buat kerja mengadu. Suzie tak pernah pon nak buka mulut pasal dia. Atas rasa hormat sebab dia tu orang lama. Dah lah hipokrit, bila bos ada buat-buat, buat kerja.. Konon busy, ligat sana-sini. Bila bos tak da, muka dia tak nampak, tidur dalam bilik solat, balik awal, online bagai-bagai.
Suzie cuma minta pada Allah tebalkan kesabaran suzie, jangan bagi suzie balas perbuatan dia. Dan suzie akan cuba cari kerja lain kalau memang Kak X tak suka suzie.....Hurm-------
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di sebalik satu rahsia...... Dan setiap perbuatan ada balasan...Dosa dan Pahala... Didunia mungkin tiada saksi....tetapi di Padang Masyhar seluruh anggota badan yg akan mengaku setiap perbuatan.....
Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu. Agar bertambah kekuatan untukku mencintai-Mu.
Bilakah masa nya :)
saya tidaklah bercinta,tetapi sayang itu ada..malangnye si dia bukan lah
seorang yang melabuhkan cinta nya kepada Allah…apakah salah jikalau
saya meninggalkan dia..sesungguhnye jika dia berubah sekalipun, saya
tidak mahu dia berubah kerana saya mengkehendakinya…walau pun puas
menasihatkan dia,tetapi dia masih begitu….
p/s: Just another post for u ♥. Sayang-sayangku sekalian, post ini bukan post jiwang karat. Suzie pun bukan sedang bercinta.
Haiii...i'm coming, ok kawan-kawan..Hari ini suzie nak mengeSHARE lagi. Apa yang suzie baca, itu yang suzie akan share dengan kawan-kawan suzie. Simple kan? Jadi kita dapat ilmu sama-sama. Better dari suzie tahu sorang-sorang tapi tak share. Actually belek-belek tadi, suzie terbaca mengenai artikel ini.. So suzie ambil keputusan nak share coz suzie pon baru start pakai lens. Perempuan, pedih-pedih mata pon.. Pasal nak melawa, memang rela. Korang-korang yang suke pakai lens tapi tak tahu hukum dalam islam, meh baca dulu.
Soalan Assalamualaikum., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?
Jawapan Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.
1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya). c) Tidak mengubah ciptaan Allah. d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan. e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir f) Tidak berlebihan. g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)
Haloo...Ehem-ehem..baru ada can nak post entry baru. :) Tadi siang pergi melawat adik kat asrama SMT Kuala Krai dan masa balik singgah kat rumah bapa saudara. Tup Tup Tup..tak sedar malam baru gerak balik. Sampai rumah selesaikan apa yang wajib baru tenang cari IDEA. Actually hari ni suzie nak berkongsi satu lagu dengan korang. Lagu ni dari seberang sana tahu? Jadi jatuh suke kat lagu ni bila selalu diperdengar kat telinga suzie ni. Korang tak tahu lagu apa ke? Layan dan hope you all enjoy it !
Ini lah lagunya. "Anak Kampung " ( versi Original )
Ok ini versi JAWAPAN nya pulak.. Best layan sekali-sekala :)
Hok ni memey TERBAIK ! Ops terSPEAKING bahasa klate plop. Lagu klate mesti keno kecek klate. Ye dop? Hahaha---- :) Lagu benanyo asal dari sebere ( seberang ), dapak kok ore klate jadi lagu ni. Suko? Like cepat ! ( buke FB pong nop LIKE-LIKE kea )
Inilah Kumpulan yang berjaya membawa lagu "Anak Kampung " sampai ke tahap sekarang, Bravo ZERO ! Kalau korang masih tak kenal mereka,Zero adalah kumpulan adik beradik yang asal dari sabah ( finalist Rajalawak musim ke - 6 ).
Tengok sampai Jozan pon hafal lagu ni. Memang betul Fonomena "Anak Kampung" la. :)
Hai dear readers, Hope sihat lah hendak-Nya. Dapatlah kita beribadat dengan sempurna kan.. Actually suzie baru baca something yang boleh beri manfaat pada semua. Insyallah...So suzie share di sini sahajalah. Tapi kalau nak pergi blog real owner entry ini sila ke .
Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.
Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.
# Moga dipertemukan jodoh seorang lelaki yang beriman dan seorang lelaki yang mencintai agamanya (iaitu islam ). Memandang perempuan bukan kerana nafsu semata-mata. Amin~
Aik belum tidur lagi? buat ape tu? Jom lah tidur...Suzie nak tidur lepas jenguk-jenguk blog kawan-kawan yang sudi jenguk blog suzie. Actually entry ni just nak share berita gembira. huhao @_______@ Korang ingat lagi tak entry ni ----- > "nak kereta boleh?". Well, Alhamdulillah hari ni kereta selamat parking di halaman rumah suzie.
MOOD : HAPPY SANGAT SANGAT SANGAT
Ok sila jangan over happy yer suzie. Ingat ! Dah ada tanggungjawab. Tiap-tiap bulan jangan lupa bayar. Ok itu PESANAN free dari Kakak suzie. Itu sahaja yer, hope apa yang korang hajati juga tercapai. Insyallah ~ Sama-sama lah kita doa. :)
Dirasmi terlebih dahulu oleh En. A.Rahman Hamid :)
Senget toi pala suzie sekarang ni. Nak tahu kenapa senget? Sebab IDEA banyak dalam kepala tapi tak tahu macam mana mahu olah. Just "point" jer pe cer kan..... Mahu tak mahu suzie kena update blog. MUST !!! Hahahaha....
Ok actually hari ni suzie nak cerita tentang KUTU BABI. Sebab pasal kutu babi ni, suzie rasa geram jer ! Geram sebab dia gigit telinga UMI suzie. - Amboihhhh kau KUTU BABI yang bedebah. Berani kau gigit telinga UMI sayer? PUIIIIIII !!
Tak tahu kenapa KUTU BABI sangat berminat dengan umi, sebelum ni pun dah pernah kena. Umi cakap sakit sangat.....Kesian umi. :( Anak sedara suzie pon kena juga hari tu. Ya Allah, jangan tak percaya...bukan sekor KUTU BABI dalam telinga anak sedara suzie. Lebih 5 ekor. Kesian budak tu. Memang tak berperikemanusiaan langsung KUTU BABI ni. ( dah memang dia binatang... ) Memang terpaksa hantar hospital.. Sampai sekarang dia FOBIA dengan doktor. takut korek telinga dia. SAKIT kot @_______@
Semalam abang Chik cek telinga kucing, eh ada KUTU BABI. Ish3...Abang Chik kepit KUTU BABI tu keluar. Suzie bakar. Huh meletup wa cakap lu ! ( betul...tak percaya try lah. ) Padan muka KUTU BABI tu, suzie hantar p NERAKA. JAHAT sangat gigit telinga UMI, Kak Ngah dan Langsat (kucing).
Selamat petang Cikgu! Hihi - Wah tersangat lah busy suzie sampai takda masa nak update blog & blogwalking kat blog teman-teman suzie yang amat suzie cintai. Kamoo-kamoo, suzie bukan sombong just nak spend time dengan anak-anak buah suzie jer :) Seminggu diorang kat kampung aka rumah family's suzie, jumaat dan sabtu je masa yang palingggggg panjang kami leh spend time bersama. :( So you alls :-
I'm sorry! - gaya amir
Okeh, hari ni kakak dan abang ipar suzie dah bawa anak-anak buah suzie balik Seri Manjung,Perak. ( cuti sekolah dah habis. Diorang balik lah rumah diorang kan... ) Hari-hari suzie akan berjalan seperti biasa - sunyi~ Huhu..
Ok, inilah anak-anak buah suzie yang TERCINTA!
Kak long, Kak chik, Kak ngah dan adik Ekhwan. ♥ you all damn much!