Showing posts with label makanan / resepi. Show all posts
Showing posts with label makanan / resepi. Show all posts

Friday, June 15, 2012

pengat ubi keladi bebola cinta

Assalamualaikum -- ♥


Hai u aols, Salam jumaat okeh :)) Hari ni suzie cuti. Korang? Mostly keje kan, mesti kebanyakan korang cuti hari sabtu dengan ahad kan. Well nak buat macam mana suzie kat kawasan pantai timur :) Suzie takda aktiviti pon hari ni. So suzie lepak rumah. Umi nak masak pengat, so suzie tolong-tolong gitu je lah kan. 


Resepi : Pengat Ubi Keladi Bebola Cinta



Mesti u ols pelik kenapa "bebola cinta" bukan bebola api kan. Biar hidup penuh dengan CINTA. Kalau u ols  tengok sinetron Cinta Fitri mesti u ols tau (pukul 11.00p.m @ ntv9). Actually bebola tu suzie nak wat bentuk "love" tapi tak boleh sebab adunannya terlalu lembik. So bulat jelah, janji warna pink. :) meh suzie share resepinya. actually terlau simple, boleh lah u ols try untuk minum petang esok. hihihi----- ^_^


Bahan-bahan : ubi keladi, santan, sagu (sesudu), gula merah, gula putih, adunan tepung pulut,2-3 helai daun pandan.

Bahan A : gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit pewarna (sirap). Gaulkan sehingga sebati, jangan terlalu lembik, agak-agak boleh gentel.

Bahan B : Panaskan air sehingga gelegak, gentel "Bahan A" dan masukkan ke dalam air. Angkat bila bebola telah timbul ke atas.

1. Rebuskan dulu ubi keladi sehingga empuk, kemudian toskan.
2. Masukkan santan ke dalam ubi keladi. Biarkan sehingga gelegak.
3. Kemudian masukkan Bahan B. 
4. Masukkan juga daun pandan yang telah disimpul dan sagu.
5. Dan akhirnya, masukkan gula merah, gula putih secukup rasa.


Lepas itu boleh lah dimakan sahaja atau dicicah dengan roti. Selamat menjamu selera :)


Regard,
-Suzie Rahman-