Wednesday, August 11, 2010

choose Domain dot com or blogspot **~




Blogspot sebenarnya bukan untuk anda

Bagi anda yang betul-betul serius untuk berblogging atau menjadikan blogging sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan, jelas sekali Blogspot tidak sesuai untuk anda. Walaupun Blogspot digemari ramai, pendapat saya ialah golongan mereka yang berblogging menggunakan blogspot ini tidak bersifat serius dan blog sekadar untuk “suka-suka”.

Ini tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan blogspot, cuma saranan saya ialah lebih baik menggunakan domain dot com sendiri jika mampu. Lagipun, kos untuk membinanya amat murah iaitu serendah RM40 setahun.

Dengan mempunyai domain dot com sendiri seperti AqifStrategi.com dan sebagainya, anda mempunyai kebebasan mengubahsuai blog anda mengikut citarasa tersendiri dimana ia tidak dapat dilakukan jika anda menggunakan servis percuma seperti Blogspot.


Domain dot com amat sesuai untuk usahawan yang berniaga menggunakan medium internet

Penggunaan domain dot com amat sesuai untuk anda membina kredibiliti sebagai seorang usahawan dalam bidang perniagaan anda. Sebagai contoh, jika saya menjual pakaian batik, saya akan membina blog dot com seperti PerniagaanBatik.com (Sekadar contoh) dan berkongsi pelbagai maklumat mengenai dunia batik bersama para pembaca.

Mengapa saya berkongsi maklumat? Ia bertujuan untuk membina kredibiliti dan menunjukkan kepakaran saya dalam bidang yang diceburi. Melalui perkongsian yang bermanfaat kepada para pembaca, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap anda. Ingat, jika anda bukan jenama terkemuka seperti Pepsi, Coca Cola dan sebagainya, maka kepercayaan adalah perkara utama yang harus diutamakan sebelum menghasilkan jualan.


Keputusan anda? Domain dot com atau blogspot?

Cabaran blogging sebelum ini memerlukan anda untuk menetapkan niche blog anda. Pada kali ini pula, anda perlu menentukan samada anda ingin menggunakan domain sendiri atau menggunakan servis percuma seperti Blogspot atau Wordpress.

Tiada masalah jika anda ingin menggunakan servis percuma. Cuma jika anda seorang yang memahami “perancangan jangka masa panjang”, saya yakin anda mengetahui kelebihan mempunyai domain dot com sendiri.

** suzie copy ni dari blog sape tah, lupe ler.harap bro tu xmrh. suzie cuma nk bg info. law bro tu der terbaca ni, sila tinggal kan link anda coz suzie nk link kn beliau kt entry ni.. sharing is caring.peace! **

0 madah berhelah: