Monday, December 6, 2010

Uncle Seekers Fail Pembelaan

Assalammualaikum

Suzie nk nyebok sikit komen sal berita yang tengah hot sekarang ni.
agaga mungkin korg ada yang dah baca paper, yang xbaca g tu meh suzie nk cite skit.
Memang btoi nk cite sal Uncle Seekers kiter tu. Td suzie baca paper, suzie tertarik dengan berita "uncle Seekers fail Pembelaan".




SHAH ALAM - Pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussein Syed Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers akan memfailkan pembelaan ke atas beliau berhubung writ saman injunksi yang dikemukakan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aisyah Abdul Rahman.
Peguamnya, Wan Majid berkata, Uncle Seekers baru menerima saman itu dan akan memasukkan pembelaan dalam kes.

"Tujuan bagi menberi peluang kepada defendan untuk memasukkan pembelaan diri di mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian,semalam.

Menurutnya, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut berkaitan kes saman yang dikemukakan itu dengan defendan bagi meneliti segala fakta yang diberikan oleh plaintif.

Wan Majid daripada Tetuan Hafarizam Wan dan Aishah Mubarak berkata, selepas memfailkan pembelaan terpulang kepada defendan untuk meneruskankes ini ke peringkat seterusnya.

"Selaku peguam yang mengendalikan kes itu akan cuba sedaya upaya untuk mengadilinya dengan segala bukti yang ada.

"Saya akan dapat arahan dari Uncle seekers,"katanya.

Menurutnya, setakat ini hanya Uncle Seekers sahaja yang menerima saman, manakala bapa defendan, Syed Hussein Syed Al-Attas belum menerima apa-apa surat saman.

Sementara itu, Uncle seekers berkata, beliau akan mengeluarkan buku bertajuk "cinta syyhh" dan tidakl gentar dengan saman itu kerana mendakwa, segala fakta yang dikaitkan adalah salah.

"Saya akan menerbitkan buku itu. "cinta syyhh" adalah penceritaan antara saya dan dia.

"Maklumat dan fakta itu salah dan saya tahu kebenarannya." katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, beliau menyerahkan kes berkenaan kepada peguamnya.

Kelmarin, Cik Puan Siti Aisyah memfailakn saman ke atas Syed Abdullah kerana dakwaan membocorkan dan menyebarkan maklumat peribadi baginda.

''Baginda memfailkan saman itu di mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang untuk menghalang pendedahan maklumat berkaitan 'rawatan' yang diterimanya samada dalam bentuk lisan atau bertulis seperti blog, akhbar, buku, majalah, laman sesawang atau risalah.




Dalam fikiran suzie lah kan, kenapa Uncle seekers nak sgt dedahkan kisah "cinta syyhh" antara dia & Cik Puan Siti Aisya? Kalau setakat cerita tu hanya mengaibkan Baginda baik xpayah. Wat per dicanang kan samada hal dalam kain ke kelambu ke periuk ke..pandai makan pandai simpan r bro.

Tak cukup kot dengan gambar-gambar yang dh tersebar. Adeh malas nk letak kat sini.korg nk. korang cari sendiri k.

suzie pon der baca berita ni kat blog DJ. uols leh lah baca2 juga kt situ..

sekian dari suzie--- T_T ai ni men---



15 madah berhelah:

Gayahspears said...

fuh... naseb bek. bukan aku yg kena saman..kah3

No name said...

cari publisiti murahan...

yott said...

mcm ada agenda jer si seekers ni..hurm

zidEL zhafiz said...

sekalipun betul bercinta..x yahla na sebarkan2 dlm blog la..buat buku ar..diam2 jer dahla..tah pape uncle nie..cam giler glam ade gak..!!
huhuhu

Unknown said...

buek malu yo~

suzie rahman said...

@Gayahspears
kikiki..ko wat per nk saman ko

suzie rahman said...

@Lizzie Yasmin
ahah suzie pon rs cm tu

suzie rahman said...

@yott
yer lh.kita lihat dan tunggu jer r

suzie rahman said...

@zidEL zhafiz
tula.over..nk kecoh2 sal cinta dier.dgn hntu dier xcukup glam kot

suzie rahman said...

@ohlalahihihi

najihah sahami said...

ntah paper org tua ni. lucu bila baca cerita sal die. hak2..

miss u darl..hak2

UNICHI YJ said...

melatop tol uncle ni yek..mne2 ade je cite pasai dio hakhak

LiFe KaMi said...

amcam-macam hal..
kami mmg tak pernah nak layan langsung citer seekers kat TV tu..

cikpuanhady said...

ntah apa la yg uncle tu pikir ek..huhuhu..sampai nak dedah dan nak buat buku lagi..apa motif dia ek..

New entri :Maila Vote Saya

touya said...

Kepada kaum wanita , sila jangan jadikan lelaki seperti inisebagai calon suami ... hanya tahu menaibkan orang .