Assalammualaikum,
Coretan ini hanya luahan hati suzie. Tajuk "Walau seketika cuma, Namun aku rela...", ianya membawa erti yang mendalam pada suzie.
Pada suzie, kebahagiaan yang suzie rasa selalunya cuma seketika. Suzie sudah lali diperlaku begitu. Biarlah, asalkan ada yang sudi memberi kasih sayang walaupun ianya palsu tapi suzie masih dapat merasa sedikit "kebahagiaan" itu. Kebahagiaan yang bukan hakiki tapi hanya fantasi.
Suka, cinta, sayang atau maksud yang seangkatan dengannya bagi suzie lebih kepada yang maha pencipta, keluarga dan sahabat sejati dan bukannya insan yang bergelar "teman lelaki" (buat masa ini).
Ucapan suka, cinta dan sayang akan suzie balas namun mengapa ianya tidak pernah kekal? Alangkah indah jika hidup ini seperti novel yang corak penceritaannya boleh diubah-ubah. Dan alangkah bahagia jika sesebuah ikatan itu berkekalan. Suzie kepingin kebahagiaan yang hakiki. Tapi bila akan ku temui?
Suka, cinta, sayang....jangan kau pergi tinggalkan aku kesepian lagi. Aku mahu kau selalu ada disisiku... hari ini, esok dan selamanya.....
p/s : Sila jangan muntah hijau pas baca..
4 madah berhelah:
semuanya yang terjadi didunia ni ade hikmahnya.
bertukar sesuatu dari yg baik kepada yg lebih baik..:)
hidup tak selalunya indah..kalau kita tak diuji, mungkin kita takkan kenal erti kehidupan sebenarnya..tak semua yang kita nak, kita boleh dapat....
cume macam x faham sikit pasal entri ni..
@LiFe KaMi
thks sis...
@PG
thks pg, ntah lh suzie ni,,suzie pon xfhm dear
Post a Comment