Saturday, January 21, 2012

Ku Disini Menanti






Bila duduk seorang macam sekarang ni, saya selalu teringatkan awk. Awak baik sangat pada saya. Awak rajin sangat layan kerenah saya.Saya rasa bersalah sangat sekarang ni awak. Tapi untuk undur balik waktu itu,saya tak mampu awak.


Sara: “Awak sayang saya tak?”

Fiq: “Tentulah saya sayang awak sangat. Awak lah hidup saya.Saya hidup untuk awak.”


Tanpa awak sedar..Saya ada orang lain awak, saya mulai sukakan dia dan telah lupakan awak demi dia. Saya melayan awak tidak lagi seperti dahulu. Kini saya sering meninggikan suara dengan awak. Ada sahaja salah awak yang saya cari.


Fiq: “Awak, kenapa dengan awak sekarang ni?”

Sara: “Saya mahu kita putus.”

Fiq: “kenapa awak?Apa salah saya?Awak tahukan saya sayang sangat awak..


Bila awak telefon saya,saya tak angkat. Saya rimas bila awak telefon berulangkali tanpa henti. Awak telefon lagi, Saya suruh abang saya jawab.


“Sara tak ada. Jangan telefon dia lagi.”


Keras abang saya bersuara. Saya dengar suara awak teresak-esak menangis. Tapi saya tak tahu kenapa hati saya keras sangat masa itu. Sikit pun tak ada rasa kasihan pada awak yang menagih kasih pada saya. Padahal awaklah yang saya cintakan dahulu. Mungkin sebab jarak, saya lebih memilih lelaki yang lebih dekat dengan saya.


Sara: “Abang, sayang nampak abang macam bosan je dengan sayang.”

Imran: “Abang bosan sebab sayang tak pernah nak penuhi keinginan abang.”

Sara: “Tapi abang, Apa yang abang minta itu berdosa. Kita belum bernikah.”

Imran: “Kawan-kawan abang boleh je buat dengan kekasih mereka. Sayang ni je kolot.”

Sara: “Abang! Sara bukan gadis seperti itu. Lebih baik kita putus..”

Imran: “Bagus. Memang itu yang aku tunggu-tunggukan. Selamat tinggal Sara.”


Bahagia saya tak lama awak. Mungkin atas dosa saya mempermainkan awak. Saya tinggalkan lelaki itu kerana dia bukan lelaki sebaik awak. Saya ingin kembali pada awak. Awak lelaki yang sempurna pada saya..Puas saya mencari awak..Akhirnya,,,


“Saya dah tak cintakan awak lagi,sara!”


Ya Allah, inikah balasannya? Aku terima......Aku redha ya Allah.. Awak, ketahuilah..dahulu saya tersilap langkah..Maafkan saya...Saya tunggu sehingga awak terima saya kembali..Moga suatu hari terbuka kembali pintu hati awak untuk terima saya...


-- Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang mati --



moral of the story :// Jangan lepaskan sesuatu demi sesuatu yang belum pasti.

9 madah berhelah:

aizadalias said...

=D

Syaifuddin said...

cun di sini :D

embun d tengah malam said...

jika ini cerita rekaan...serius anda pandai reka cerita...nice

هانيم إرشاد said...

best :)

suzie rahman said...

@aizadalias:p

@Syaifuddinhihi cun..

@embun d tengah malamthx..

@هانيم إرشادthx,

KIKO said...

wuwuwu :3

Ckin Kembaq said...

cerita rekaan tetapi hasil dari kisah benar..banyak sangat yang jadik gini..haih sabar je lah kan cik suzie.. bg sy ni macam kisah benar...kisah dari kawan sy.. adeh

suzie rahman said...

@KIKOhuhuhu

@Ckin Kembaqbtoi tu ckin..klu org yg pnh alami.die akan fhm.samada pengalaman sendiri or pengalaman org keliling.

shameel Iskandar said...

Boleh dijadikan cerpen ini. Betul ia sekadar criter rekaan?