Sunday, November 14, 2010

Siapa Uqasha ?

Assalammualaikum

ok ok ok..ni enrty umum.semua leh baca.xder pic kiss2.hik3
Tapi still kes Nabil & Uqasha



Juara Raja Lawak 2, Nabil Ahmad, 27, yang pernah dinobatkan Bintang Paling Popular dikatakan bakal berdepan kemerosotan populariti selepas satu persatu ‘skandal’ beliau didedahkan media massa sehingga putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28.

Terbaru, penulis mendapat maklumat, Nabil dikatakan dilihat bersama ‘teman tapi mesranya’ yang dikenali sebagai Uqasha, 18, di pusat peranginan popular di Phuket, Thailand, 27 Oktober lalu.

Kebetulan pada tarikh berkenaan, di pulau pelancongan itu sedang berlangsung acara Rangkaian Radio Media Prima Media Getaway 2010 Phuket bermula 27 hingga 29 Oktober lalu yang menghimpunkan ramai personaliti radio bersama teman wartawan.
Difahamkan, sekumpulan wartawan hiburan TV yang sedang bersiar-siar di sepanjang Bangla Road, sekitar Pantai Patong kira-kira jam 10 malam, terserempak dengan Nabil yang kebetulan sedang berjalan-jalan di situ sambil berpimpin tangan dengan Uqasha! Khabarnya, selain Nabil dan ‘teman tapi mesranya’ itu, turut bersama mereka ialah seorang wanita lain dipercayai ahli keluarga Uqasha. Menurut sumber, wanita berkenaan berjalan di belakang Nabil dan Uqasha.

Khabarnya, sebaik menyedari gelagat romantik beliau menjadi perhatian sekumpulan teman wartawan, Nabil terus melepaskan tangan Uqasha, sekali gus air mukanya berubah dan kelihatan cuak! Berdasarkan maklumat sumber, dia masih ingat kata-kata Nabil sebaik terpandang wajah teman wartawan: “Hei, korang buat apa kat sini?” Difahamkan, Nabil sempat bersembang sekejap dengan seorang teman wartawan yang juga kawan rapatnya.

Hasil risikan penulis, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Difahamkan, mulai tahun depan Uqasha dijadualkan melanjutkan pelajarannya di Kolej SEGi Subang Jaya, Selangor. Uqasha atau Sha adalah anak kedua daripada tujuh beradik dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Buat sementara waktu, Sha turut berjinak-jinak sebagai pelakon, manakala drama terbarunya berjudul Lukisan Hati.

Menerusi maklumat tambahan, kakak sulung Sha bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka, manakala adiknya adalah seorang aktres remaja yang sedang meniti populariti apabila drama bersiri lakonan beliau masih disiarkan di TV3.
B*POP terbitan 31 Oktober lalu mendedahkan kisah percintaan hampir tiga tahun antara Nabil dan Irma yang sudah terlerai, selain turut diselitkan sekeping foto kiriman blogger memperlihatkan foto Nabil bersama Sha di sebuah restoran. Irma menyifatkan punca perpisahan mereka adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum mahupun peminat mereka.

Blog yang bertarikh 16 Oktober itu mendakwa, Nabil tertinggal sampul hadiah yang diberikan Sha di restoran berkenaan. Difahamkan, isi kandungannya berupa surat cinta dan baju kotak-kotak yang dihadiahkan Sha kepada Nabil sempena ulang tahunnya ke-27 pada 26 September lalu. Menurut sumber, selepas menemui Sha pada tarikh berkenaan, Nabil terus menghadiri majlis hari jadinya yang dirancang Irma secara mengejut di rumah kenalan mereka di Kota Damansara, Selangor.

Apa yang menarik, menurut sumber, Nabil masih mengenakan pakaian sama ketika menemui Sha apabila menghadiri sambutan hari lahirnya bersama Irma selepas itu!

B*POP minggu lalu melaporkan, Irma yang juga pengacara program hiburan, Galaksi di TV9, membuat `lawatan mengejut' ke kondominium baru dibeli Nabil di Changkat View, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur selepas berlakunya beberapa siri perselisihan pendapat antara mereka sejak kebelakangan ini. Tarikh ‘lawatan’ berkenaan dikatakan pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 4 pagi.

Menurut sumber rapat pasangan berkenaan, hati Irma hancur luluh apabila dia melihat Nabil bersama gadis lain di kondominium itu! Namun, ia tidak memperlihatkan Nabil berdua-duaan dengan gadis yang difahamkan bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan itu, sebaliknya bersama mereka ialah seorang kawan baik Nabil dikenali sebagai Reza.

Hasil maklumat juga mengatakan pramugari berkenaan dikenali sebagai Teh Intan Nazira berusia awal 20-an. Justeru, pramugari yang dikatakan ditemui bersama Nabil pada malam berkenaan bukan Nik Zaris Uqasha Senrose!

Akui punca putus cinta terlalu peribadi

Nabil ketika menghubungi penulis lewat petang Selasa lalu menjelaskan: “Dalam blog tersebar cerita, kononnya Uqasha adalah pramugari yang dikaitkan dengan saya sebelum ini, tapi yang sebenarnya bukan. Dia (Uqasha) tak ada kena mengena dengan gosip yang disebarkan oleh sumber kepada B*POP minggu lalu.”

Seperkara lagi, saya mengenali Uqasha apabila putus cinta dengan Irma kira-kira sebulan yang lalu iaitu selepas kami lama tidak bertegur sapa.
Hubungan saya dan Uqasha sekadar kenalan biasa selepas dipertemukan beberapa teman. Saya dan Uqasha tak pernah dating atau keluar berdua saja, sebaliknya pertemuan kami lazimnya ditemani kawan lain,” kata Nabil yang akhirnya mengakui baru saja berkenalan dengan Uqasha.

Menerusi B*POP minggu lalu juga, Nabil mendakwa dia masih kekasih Irma, kini baru dia mengakui mereka sudah putus cinta. Justeru, apa maksud Nabil berdolak-dalik memberikan kenyataan sebelum ini? Nabil yang menghubungi penulis Ahad lalu memberikan penjelasannya.

Memang benar saya dan Irma putus kasih. Namun, punca berakhirnya percintaan kami terlalu peribadi untuk dijelaskan kepada umum. Pun begitu, saya tidak pernah berniat menipu mengenai status hubungan kami. Saya terpaksa mengakui masih menyintainya kerana ingin menyelamatkan perhubungan kami. Saya berniat untuk memperbaiki keadaan dan cuba pujuk Irma supaya kami berbaik semula.

‘Saya kini masih single’

Namun, apabila Irma membuat kenyataan untuk berpisah dan tidak akan kembali, saya akur dengan keputusannya jika itu jalan terbaik untuk saya dan dirinya. Tak ada rezeki saya dan Irma membina rumah tangga, hasrat kami tidak kesampaian. Buat masa ini, saya nampak antara kami memang tak ada jodoh, mungkin hati Irma dah tertutup untuk saya. Tapi, pada masa depan kita tak tahu macam mana,” jelas Nabil seperti mengharapkan hubungannya bersama Irma mampu dipulihkan.

Apabila ditanya benarkah Nabil dan Uqasha kini pasangan kekasih apabila mereka didakwa bercuti di Phuket, baru-baru ini, Nabil menjelaskan: “Saya ke Phuket bukan bersama Uqasha, sebaliknya ditemani kawan-kawan motosikal saya. Tapi, pada masa sama, Uqasha pun bercuti di situ bersama keluarganya. Dia tahu, saya ke Phuket pada tarikh berkenaan.”

Pun begitu, ketika terserempak dengan sekumpulan wartawan hiburan TV, kami bukan berdua, sebaliknya saya ditemani kawan-kawan, dia pula bersama kakaknya. Saya memang tak setuju jika ada dakwaan saya bercuti bersama Uqasha di Phuket! Selepas pertemuan untuk makan malam, keesokan harinya saya sambung bawa motosikal, namun dia masih meneruskan percutiannya di Phuket."

Terus-terang, selepas putus cinta dengan Irma, saya masih single. Hubungan saya dan Uqasha hanya kawan semata-mata. Yang pasti, Uqasha bukan punca saya putus cinta dengan Irma,” kata Nabil mengakhiri perbualan.



Komen suzie : erm..baca boleh, percaya jgn! kak Has nk taw sape uqasha & dier ke pramugari tu yer...aisey,,,ni je suzie dapat.baca r.Jgn caya si capang ni dah. Playboy bujet top star je..

Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Difahamkan, mulai tahun depan Uqasha dijadualkan melanjutkan pelajarannya di Kolej SEGi Subang Jaya, Selangor. Uqasha atau Sha adalah anak kedua daripada tujuh beradik dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Buat sementara waktu, Sha turut berjinak-jinak sebagai pelakon, manakala drama terbarunya berjudul Lukisan Hati.



pramugari berkenaan dikenali sebagai Teh Intan Nazira berusia awal 20-an. Justeru, pramugari yang dikatakan ditemui bersama Nabil pada malam berkenaan bukan Nik Zaris Uqasha Senrose

13 madah berhelah:

Cik Anita said...

haish.
sedih je irma dan putus dgn nabil.
hmm.

zahidah dihaz said...

ni memang cari kaw2 story pasal nabil ni...peminat setia ke sis? hehehehe...jangan marah, nanti kena jual...

Mashe said...

haish.. macam2~

Dyla Dahlan said...

ape la si nabil dok pandang kat budak lepasan spm tu..irma cntik gile kot, x bsyukur sungguh!!

cikpuanhady said...

ooo..muda lagi qasha ni..baru nak jadi pelakon ek..

suzie rahman said...

@Anitadahahs
suzie pon..sob--sob--der hikmah tu

suzie rahman said...

@zahidah dihaz
hihi dulu je minat,skg nmymph

suzie rahman said...

@Siti Mashitah Saidin
yo siti.hihi

suzie rahman said...

@Vintage Rose
lelaki.xpnh ckup..sume nk A..haha

suzie rahman said...

@haszuraidah ishak
muda g..br nk menggedik r ni

Gayahspears said...

cam pantek je!!! nyampah aku..huhu

Kulup Mael said...

alahaiiiii...

artis la katakan....
masa tengah popular ni la, ratah mana yang dapat! lagi muda lagi bagus, bergetah....

Dulu pun sama...KRU, katanya super impose, bila masuk makmal US, rupa2 ori...

Nasible korang...

Anonymous said...

http://m.flickr.com/#/photos/nabildgnsiapa/?