MUAR: “Saya terkejut apabila dimaklumkan Puteri ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman pada tubuhnya di tepi jalan,” kata Nurhidayah Rai, 25, rakan seorang wanita warga Indonesia yang dijumpai mati di tepi Jalan Bakri Batu 1, malam kelmarin.
Puteri Setiana Subari, 23, pekerja sebuah restoran di Jalan Junid di sini, dipercayai ditikam ketika pulang dari tempat kerja dan mayatnya ditemui pada jam 11.20 malam.
Menurut Nurhidayah, dia dan Puteri berjalan kaki bersama selepas habis kerja pada jam 10 malam, pulang ke rumah sewa mereka di Jalan Sakeh dan apabila tiba di Jalan Arab, seorang kenalan yang menunggang motosikal mempelawa untuk menghantar mereka pulang.“Saya menumpangnya terlebih dulu dan berpesan kepada Puteri supaya menunggu di Jalan Parit Tiram kerana ia hampir dengan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Bagaimanapun, menurut Nurhidayah, selepas menunggu hampir sejam, Puteri masih tidak muncul dan dia serta rakan berusaha mengesannya di sekitar bandar Muar, tetapi gagal.
Katanya, dia turut menghubungi telefon bimbit Puteri berkali-kali, namun tidak berjawab dan terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan memberitahu Puteri ditemui mati di tepi jalan.
“Saya amat terperanjat kerana kami bersama sejam sebelum itu. Kehilangan Puteri sangat dirasai kerana dia antara rakan rapat sepanjang tiga tahun bekerja di negara ini,” katanya.
Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hartono, 30, berkata, dia mengetahui kematian adiknya pada jam 12 tengah malam selepas dimaklumkan Nurhidayah lalu bergegas ke tempat kejadian.“Kali terakhir kami berbual dua hari lalu dan Puteri tidak menunjukkan sebarang perubahan. Jenazahnya akan dihantar pulang ke Jawa Barat selepas semua urusan di sini selesai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi menolak ragut kemungkinan punca kematian mangsa.
“Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Punca kematian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya.
Thursday, February 2, 2012
Mati Pulang Kerja
geng-geng
berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 madah berhelah:
semoga kita semua dijauhkan daripada perkara2 sebegini..amin...
org yg mmbunuh tu org gila..sanggup mmbnug pdhal msih ade cara lain..
@Boni JLL3amin..
@O CIKTEDDYhuu ntah pkirn singkt
yeah betul tu.. moga2 dijauhkan.. tak nak mati dgn gaya gitu..
Semoga dijauhkan dari perkara tersebut..
menakutkan betul keadaan sekarang ni kan?
p/s:sy tag suzie utk contest ni...join eh...
http://cobaltchloride.blogspot.com/2012/02/happy-faces-contest-by-captkeon-alhan.html
innalillah.
dah sampai ajal
betul3. semoga kita dijauhkan daripada benda camni. amin.
@Clara
@AmirFX
@Eein Azrynyer mnta di jauhkan..
@capt. keon alhanyer..kna hati2
@ROJAKyer ..
Post a Comment