Sunday, March 4, 2012

Salah tanggapan terhadap hudud ( copy )





Haloo putera dan puteri yang cantik semua..Actually suzie nak share satu entry yang terbaik. Thanks buat ckin sebab izinkan untuk suzie share pula di blog suzie. Insyallah moga semua dapat manfaat :)

________________________________________________________________


Amni kelihatan begitu kusyuk baca buku.. Tiba-tiba:


Amni: Ayah, 'kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga', apa maksudnya?
Ramli: Ermmmm..... Maksudnya, 'kalau kulit tak cukup tebal, api neraka jangan diduga'...
Amni: Kalau 'bagai kacang lupakan kulit', apa maksudnya?
Ramli: Maksudnya, 'bagai anak Adam lupakan syurga'...
Amni: Betul ke ni ayah.. Kalau satu soalan 5 markah, cikgu akan bagi markah 10/10 ye, ayah?
Ramli: Samada Amni akan dapat markah 20/10 takpun 0/10.. Tengok nasiblah..


Amni: Ayah, hudud tu ape?
Ramli: Hudud tu hukuman atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah swt terhadap sesuatu kesalahan.
Amni: Kenapa negara kita tak mengamalkan hudud?
Ramli: Mungkin kerana pandangan serong terhadap hudud.. Asal sebut hudud je, ada yg kata kejam, asal sebut hudud je, ada yang kata habislah kudung tangan rakyat Malaysia..
Amni: Yang sebetulnya, hudud tu macamana ayah?
Ramli: Di zaman Nabi saw, ada seorang wanita telah jumpa Nabi saw.. Wanita tu bagitau, "saya telah berzina, ya Rasulullah". Nabi saw tanya, "apakah kamu bermimpi pada ketika tu?". Wanita tu jawab, "tidak". Nabi saw tanya lagi, "adakah kamu hanya bercumbu-cumbuan? Wanita tu jawab, "tidak". Sedaya upaya Nabi saw berfikir agar wanita tersebut boleh terlepas dari hukuman. Kemudian, apabila hukuman hendak dijalankan, didapati wanita tu mengandung. Nabi saw tangguhkan hukuman. Selepas melahirkan anak, Nabi saw tangguhkan lagi hukuman supaya wanita tersebut dapat menyusukan anaknya. Nampak kan, masih ada ehsan dan kasih sayang dalam pelaksanaan hukum hudud.. Ketika hukuman sebat dilaksanakan, baru separuh jalan, wanita tersebut melarikan diri. Nabi saw biarkan sahaja dengan anggapan wanita tersebut telah menarik kembali pengakuan zinanya..


Amni: Mesti sakit kan ayah, kalau kena sebat.
Ramli: Tukang sebat hendaklah melakukan sebatan seolah-olah sedang mengepit sesuatu di ketiaknya. Makna kata, tidaklah mengangkat tangan terlalu tinggi. Sakit tetap sakitlah.. Tapi taklah seteruk macam hukuman sebat kat penjara sekarang ni.. Sekali sebat, mau jugak tak berak seminggu.. Konsep sebat ni, mahu menimbulkan rasa keinsafan dan bukanlah mahu sebat dengan kejam.

Amni: Ooo, baru Amni faham..
Ramli: Itu belum cerita bab murtad yang mana bukan senang-senang nak jatuh hukuman. Perlu ada sesi kaunseling untuk mengenalpasti kenapa orang tersebut mahu keluar Islam. Kalau disebabkan kejahilan dia, maka boleh dilepaskan. Atau mungkin kalau dia mahu bertaubat, itupun boleh dilepaskan..
Amni: Senang kata, bukan senang-senang nak jatuhkan hukuman dalam hudud ye ayah.. Banyak perkara yang harus diambil kira.
Ramli: Iye.. Ia bukan hukuman semata-mata tapi ia lebih kepada mendidik hati manusia


╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.You.. Suzie Rahman

6 madah berhelah:

AmirFX said...

Sesungguhnya Islam itu indah..

Aliff Haikal said...

sangat bermaklumat !

Ckin Kembaq said...

doakan agar pemimpin yg adil dan memahami akan hadir..supaya dpt dilaksanakan hukum ini...dan bg menghentikan fitnah2 yang berleluasa skang ni.. +_+

suzie rahman said...

@AmirFX yer ..islam itu mudah :)

suzie rahman said...

@Aliff Haikal thx

suzie rahman said...

@Ckin Kembaq sama2 kite berdoa yer ckin