Wednesday, May 30, 2012

Khasiat puasa bulan rejab

Assalamualaikum -- ♥

Hai - Hai - Hai -- ♥

I ♥ You



Apa khabar kamu semua? Suzie harap semua sihat - sihat sahaja :) Alhamdulillah suzie sihat. Actually suzie tengah pening ni. Bukan pening sakit kepala, cuma pening macam mana nak hafal and study nota - nota lama yang suzie dah tinggal waktu poli dulu. :( Suzie memang tak suke menghafal.. Oh tidak!!! Mesti kamu tertanya - tanya kenapa suzie nak hafal - hafal bagai kan. Isnin depan suzie ada interview lagi lah. Wish me Luck k!

Eh kamu - kamu, kamu tak puasa ke bulan rejab ni? Bulan rejab bulan Allah tau. Suzie pon dah start puasa. Suzie nak puasa sebanyak mungkin, awal bulan rejab hari tu tak boleh sebab ada masalah perempuan :p Meh suzie nak share Khasiat puasa di bulan rejab.

1. Barangsiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.

2. Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan yang besar di sisi ALLAH SWT.

3. Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

4. Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

5. Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

6. Barangsiapa yang berpuasa sepuluh hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

7. Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.


Niat puasa bulan Rejab ialah :



 "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala"

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.


♥ suzie rahman





5 madah berhelah:

Unknown said...

jom kite pose same2 :)

AIRA said...

wish u luck kak suzy..do the best :)

E'in said...

insyaAllah minggu depan baru e'in start pose.. sebab baru 'suci'.. hahaha.. ;p

Unknown said...

alhamdulillah.. semoga hidup kita semua diberkati pada bulan rejab ni..amin

Khidhir said...

masih berusaha nak tambah puasa