Thursday, May 31, 2012

Sayang yang ikhlas

Assalamualaikum -- ♥

Haippp3 giler ar tajuk tak boleh blah kan. Abaikan je la :) Penat sangat ke hulu ke hilir settle kerja. Lagi busy sebab opis nak pindah. Dokumen - dokumen yang berlambak tu pon nak kena urus juga letak kat mana. Nasib la bos tak suruh aku angkat kotak - kotak tu. Kalau tak mau sawan aku. Fikiran lak tak stabil. Semua kes bergaul mesra dalam minda aku ni. Nak luah macam mana tah. Susah orang nak faham masalah kita. Aku rela amik wuduk dan solat. Mengadu pada Allah dari mengadu kat orang...... Mungkin ujian dari Allah buat aku, mungkin lepas ini ada pula sinarnya kan. Insyallah~ hanya mampu pasrah dengan ketentuan Allah.

Aku nak tanya korang lah kan, kenapa manusia susah sangat nak hargai sesuatu yang ada depan mata dia? Kenapa erk? Aku ingat aku dah buat keputusan yang betul. Aku boleh terima dia seadanya.. Aku pilih dia dari beberapa pilihan yang ada. Aku cuma mahu yang sederhana dari segala segi. Aku tak pandang rupa, aku tak pandang harta...yang cuma aku mahu dia dapat beri aku sedikit kebahagiaan... Hati aku terbuka untuk berkawen sebab dia. Dulu langsung aku tak fikir ke arah itu bukan sebab aku tak puas enjoy, tapi aku tak yakin akan ada sinar dalam sesebuah ikatan.


Sekarang timbul masalah antara kami, aku jadi was - was dengan hubungan ni. Setiap kali solat aku mohon diberi petunjuk. " Jika dia jodohku, dekatlah hatinya dengan hatiku, dan jika dia bukan jodohku, tutuplah pintu hati aku untuk dia." Ya Allah, engkau lagi mengenali diriku, aku hambamu yang kerdil, Ya Allah... berikanlah jodoh kepadaku seorang yang mengikut semua suruhan mu Ya Allah.



♥ Hamba Allah 

3 madah berhelah:

Unknown said...

takpe..ambil kesempatan waktu yang ada ni untuk lebih mengenali hati budinya.. jodoh tu biarlah masa je yang menentukannya.. just follow the flow k

suzie rahman said...

@Boni JLL3 insyallah :) thks anyway ..

tiefazatie said...

xpe...insyaallah..ad ajodoh xkemana dear..