Sunday, May 13, 2012

nikah gantung?

Assalamualaikum -- ♥

Astafirullah~ lamanya suzie tah hapdate. Last post hari tu 4 May. So sorry kat kawan-kawan yang mengomen post yang sama. Bukan apa, suzie tak der topik yang hendak dibincangkan. Insyallah suzie akan balas komen u all semua. Suzie hargai kalian sebagaimana kalian hargai suzie. :) Ok hari ini, suzie mahu tahu tentang "nikah gantung". Ada kaitan dengan suzie? No komen~ Baca sudah.. --- Hihihihihihi~ (ketawa malu)







Nikah Gantung


Dalam adat orang Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.



Namun, ada juga orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duan atau merendet) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.
Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,”Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu BERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik.“Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.
Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
 Khitbah
 Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.
Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,
Hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”.
Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.
Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.
Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.
Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian.
Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.
Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.
Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini.
Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu.
Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.
Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.
Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)
Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yang lebih menepati khitbah secara Islam.
Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979.
Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan! :)
 Di petik dari ulasan: Ustaz Hashim Al-Maranji

kredit to pakarcinta

♥ suzie rahman





21 madah berhelah:

Harith Iskandar said...

ehem ehem..ade hati nak nikah gantung ker?ehehe :).

update blog?alaaa baru last 4mei jer kan?xder la lame sgt :p . ade kwn sy dh 1thun xupdate blog.trus sy delete jerk..ehehe :p

SAYA BUKAN SAMDOL said...

oh macam tu rupanya, thanks suzie

Boni JLL3 said...

sejujurnya..saya sokong nikah gantung ni..memang pernah menjadi impian saya sebab bagi sy, nikah gantung ni dapat mengelakkan zina..dan saya harap saya akan dapat merealisasikan impian ni.. utamakan yang wajib dulu. tu yang paling penting

Ckin Kembaq said...

nikah khitbah ni menghalalkan utk keluar berdua..tapi tak boleh duduk serumah..kalu duduk serumah, maka nafkah wajib diberikan oleh suami kpd isterinya.. ^_^

kalu sekadar berjumpa, nafkah tak wajib.. ^_^

p/s: dengar di al-kulliyyah.. ^_^

tiefazatie said...

owh...tq 4 sharing dear...=)

Myra Jay said...

Info berguna buat semua yang tertanya2.. TQ dear ;)

Liza Razak said...

saya dulu pon nikah gantung dengan husband..5 bulan lepas tuh baru buat kenduri :)

[sutera kasih] said...

@Ckin Kembaq:
ooo camtu rupanya...ilmu baru ni..baru tau..thanks :)

tirahzairi said...

gantung? erkkk..tinggi x? hehehe

ROJAK said...

kalau ikut bahasa arab memang takde "tunang" tetapi "khitbah". kalau nak citer pasal ibu bapak zaman sekarang ni....menyusahkan anak2 dorang nak kahwin. hantaran mintak rm10,000 dan ke atas...pening puak lelaki nak cekau duit last2 couple je la bole ringan2 bole jugak gitu2 pasal masyarakat yg menyusahkan.

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share....bru semalam tgk nona citer pasal nikah kontrak...

suzie rahman said...

@Harith Iskandar hihihi.. ntah no komen lor. just share :)

suzie rahman said...

@SAYA BUKAN SAMDOL u r wc dear ed :)

suzie rahman said...

@Boni JLL3 haah kan. utamakan wjib. tp hidup bermasyarakat ni ssh. tkt timbul lk ftnah an.

suzie rahman said...

@Ckin Kembaq thks ckin.. :)

suzie rahman said...

@tiefazatie almost welkam dear

suzie rahman said...

@Myra Jay berkongsi bersama.:)

suzie rahman said...

@Liza Razak haa dh ada cntoh.hihi

suzie rahman said...

@tirahzairi amboi3. buat lwk nmpk

suzie rahman said...

@ROJAK klu ikut kn nk wat knduri zamn skg ni. 10k pon xckup. so alang2 nikh gntg jer :)

suzie rahman said...

@HeNRieTTa JoSe wc hihihi