Thursday, January 26, 2012

oh bunga





Oh bunga
Dimana kini kau berada
Jangan biarkan diriku
Dalam kesorangan

Oh bunga
Jangan kau gores luka didada
Sunguh diriku takkan kuasa
Campak kan kenangan


Saya ingat lagi masa tu awak....Bila kita pergi karaoke je, saya mesti pilih lagu "Bunga" nyanyian Thomas Arya. Bait-bait yang saya nyanyikan taklah selunak penyanyi asal. Tapi cukup buat awak ternganga dengar suara saya kan. Awak nak nyanyi lagu tu juga, saya tak bagi. Kejam tak? Haha------ :p

Satu hari yang lain, kita pergi karaoke lagi. Macam biasa lagu kegemaran saya tak lupa. Lepas saya nyanyi, ada lagi lagu "Bunga". Rupanya awak pun order lagu yang sama. Haha. Kesian...dah lama mengidam erk..Saya diam bila awak nyanyi lagu dengan penuh perasaan. Tiba-tiba, air mata saya menitik sebab saya dapat rasakan sesuatu..


Merana kini aku merana
Kekasih tercinta entah kemana
Sendiri kini ku dibalut sepi
Tiada tempat tuk bercurah lagi

Dimana kini entah dimana
Bunga impian yang indah dimata
Ku rindu tutur sapamu nan manja
Saat kau barada disisiku


Awak..mana awak pergi. Kenapa awak tinggalkan saya sama seperti lirik lagu "Bunga" tu. Silap saya ke awak? Silap saya ajar awak nyanyi lagu tu dan awak betul-betul tinggalkan saya. Awak balik lah. Kita nyanyi lagu lain pulak...


Kini tinggallah ku sendiri
Hanya berteman dengan sepi
Menanti dirimu kembali
Disini ku terus menanti
Akan ku coba untuk
Menanti dirimu kekasih



Saya selalu tunggu awak. Saya kesepian tanpa awak, saya takda tempat bermanja, saya takda tempat bergaduh.. Awak tak kesian tengok saya menderita macam ni ke? Saya rindu nak berkaraoke lagi dengan macam dulu. Sejak awak takda, saya jarang berkaraoke. Kalau nyanyi pun, saya nyanyi sambil menangis.... :(


Ho ho ho oh bungaku

Ho ho ho oh bungaku

Ho ho ho oh bungaku



Saya ingat lagi masa mula-mula kita "couple", awak tidur atas riba saya. Saya tenung muka awak lama-lama. Tak sedar airmata saya menitik kat pipi awak. awak terjaga dan kesat airmata saya.


"Kenapa menangis ni awak.."awak tanya saya sambil tangal awak ramas tangan saya.

"Saya takut awak tinggalkan saya.."

"Awak, saya janji saya takkan tinggalkan awak. Sudah-sudah jangan menangis lagi."


Masa tu betapa kembangnya hati saya. Saya terharu sangat awak.. Tapi, awak tipu. Awak tinggalkan saya juga. Sampai hati awak tinggalkan saya tanpa sebarang khabar berita. Awak sama macam lelaki-lelaki sebelum ni. Saya susah nak percaya pada lelaki dah. Awak kejam!!!


------- Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati -------


nota kaki://Sape suh bodoh sangat hang percaya kat laki bulat-bulat.

4 madah berhelah:

soooooour said...

kejamnya spe yg buat cerita ni...apa kejadah kaitan bunga, karoke, lelaki kejam???sadis dengan bunga....sekian terima kasih..

Semut Senyum said...

waktu baca entri ni seperti ada satu layar yang menayangkan babak2 dalam drama Melayu...

Tapi tak pe.. kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum, patah kan tumbuh, hilang kan berganti. pasti yang baru itu adalah LEBIH BAIK. =)

suzie rahman said...

@soooooouraiyok!der r kaitan..bunga tu lagunya. karoke tu aktivitinya.lelaki tu bf nya..hahaha

suzie rahman said...

@Semut Senyumhidup kite ni xubah seperti org lain juga awk.pi mai pi mai tang tu juga.neway thx dear..