Sunday, February 12, 2012

Gman Rajalawak 6 best..





Suzie suka persembahan Gman, tiap-tiap minggu tertunggu-tunggu kumpulan Gman beraksi. Dorang ni comel lah. Sorang tinggi dan sorang rendah. toik3...

Biasalah kalau pertandingan realiti program nie kan? Walau sehebat mana pun persembahan di atas pentas, kalau undian peminat atau penonton tidak menyebelahi peserta, maka terkeluarlah daripada sesuatu pertandingan tersebut. Inilah yang terjadi kepada Kumpulan Gman Raja Lawak musim ke 6 nie. Walaupun persembahan mereka pada minggu kelima nie mendapat pujian daripada pengkritik, tetapi mereka tetap tersingkir.

Persembahan bertemakan Muzikal pada minggu kelima ini, nyata Kumpulan Gman mampu mempersembahkan dengan baik sekali sehingga penkritik, Satiya berdiri dan bertepuk tangan memuji kehebatan persembahan mereka pada malam itu. Namun, bukan rezeki Kumpulan Gman untuk meneruskan perjuangan mereka dalam Raja Lawak musim 6 ini pada minggu hadapan.

Dua daripada kumpulan yang mendapat marakah terendah adalahl Kumpulan Riki dan Kumpulan Skema yang masing-masing menunjukkan persembahan yang hambar dan tiada sorakan langsung daripada penonton di studio tetapi selamat pada minggu kelima ini yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.

Minggu kelima ini adalah bertemakan Muzikal dan sudah pasti adalah minggu yang dinantikan oleh semua peserta dan semua penonton. Pembukaan persembahan oleh peserta pertama Kumpulan Zero yang membawa watak kumpulan 3 adik beradik, KRU ternyata berjaya mencuit hati penonton dan pengkritik Raja Lawak 6 ini.

Kumpulan Gman yang dianggotai Lokman Hakim Mat Shum dan Mohammad Aizat Ahmad Nazri adalah anak didik Cif Kecil Yus (Jambu) dan Yus juga terkilan dengan anak buahnya, Gman yang terkeluar pada minggu kelima ini.


minggu ini yang paling tak tahan :))


nota kaki://Harap muka Gman tak kan terus hilang dari dunia lawak. I'm waiting for u Gman.

9 madah berhelah:

AmirFX said...

Dierang nie mmg best... Support dierang.. :D

Teenager Housemaid said...

alamak sy tak tengok raja lawak yg musim baru ni..
macam best je..nnt free nak tengokla..:D

Princess Nusy said...

yg musim baru ni dah jarang tgk..sbb xhappening cam dulu..=)

Woofer Storm said...

tak tgk pun raja lawak skg ni..astro takde,kalau nak tgk kena p kedai makan..tak larat nak keluar..

misskonspirasi said...

tak tahu langsung pasal Raja lawak 6 sebab pernah sekali je tengok... lepas tu tak ambil port dah... musim ni macam tak berape hepi sangat nak tengok... kebanyakan lawak tahap 'biase2' je...

Ckin Kembaq said...

tak minat raja lawak..tengok gitu2 je..hehe ^_^

HeNRieTTa JoSe said...

xtgk....umah kitew xde astro....huhuhu....

Ezad Skytech said...

pendekar sotong & pendekar gamat...haha....kelakar kot time ni...

suzie rahman said...

@AmirFXyup.dh terkua pon still leh support.

@Teenager Housemaidtgk r..best ooo

@Princess Nusyhuhu...ok lh wak.try r tgk..

@Woofer Stormhihi tgk kt internet pon ok..

@misskonspirasihihi..oklah wah..dr xde.kikiki

@Ckin Kembaqckin xsuke erk..:)

@HeNRieTTa JoSealolo cian nya :(

@Ezad Skytechahah giler lawak..