# Haloo peeps--- suzie tergerak hati nak share berita ni sebaik membacanya.. kesian :((
KOTA BHARU – Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.
Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jalaluddin berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut.- Bernama
nota kaki://Suzie rasa walau apa pon alasan ibu yang buang bayi ni suzie tak boleh terima!
15 madah berhelah:
Ya Allah .. tak sanggup nak tengok bayi tu,,,pilu sangat..knp sangup buat mcm tuh..
Sedih sangat tengok bayi yg tak berdosa tu..
Mnusia makin kejam . haish
Dasyatnya.. Semoga kita semua dihindarkan dari melakukan perbuatan tersebut.. Amin Yarabbal Alamin...
sbb valentine day tahun lepas kot....hurmmmm...
kalau tak nak jaga kok ye pun, tinggalkanlah kat tempat yg org boleh buat anak angkat.
Apa mereka tidak takut dosa?
kesian baby tuh. kejam tol.
mmg kejam betul siapa yg buang bayi tu....
thx komen sume :)
Ada kes buang bayi lagi ke? Astaghfirullahalazim....
Kesiannya. Salam kunjungan pagi Jumaat.
masih lagi ada orang mengatakan tidak kepada undang2 islam?
SubhanAllah.. Tak sampai hati nak tengok lama² gambar jenazah bayi yang langsung tak berdosa tu..
Betul tu, apa sekalipun alasannya, ia memang tak boleh diterima.. BINATANG pun pandai sayang anak.
thx 4 all komen :)
kesiannyaaa baby tu...
astagfirullah! pandai buat pandai la tanggung! ya Allah tergamak dia buang mcm tu je lepas 9 bulan mengandung..
Post a Comment