KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.
Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.
Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.
Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.
Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.
“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.
“Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,”ujarnya.
Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.
Pasangan pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12 Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri.
Katanya lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah insaf untuk berhenti.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di negara ini.
“Hasrat saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam,”ujarnya.
Apa kata pokok://hukum hudud,hukum yang diperintahkan dan tercatat dalam Al Quran..hukum manusia catat dalam pelembagaan banyak kekurangan yang tidak adil pada semua lapisan masyarakat..jadi saya sokong pada hukum hudud..
♥ Suzie Rahman
21 madah berhelah:
ckin pun sokong hudud! bila lagi kan?nak tunggu dah diambil nyawa?...adeh
no komen...hehehe....xpndai berhujah...
sye pon skong hudud ! ;D
Sokong gak.. :D
hidop malek noor!!!!
dgn nama Allah,cik sokong n redha dgn hukumNya...
saya pun sokongggg!!!..
bila nak buat tu..
kalo boleh hari nie gakk..
Malek noor tu...lama xnampak...hehe
@Ckin Kembaq yela ckin.xsabar rsnya. bila lah agknya.
@HeNRieTTa JoSe hihi..xpe. thx 4 komen.
@CekbOlat-bOlat yes
@AmirFX me too
@TiraPengemis hihi mmg hidup pong
@O CIKTEDDY alhmdulillah
@Bahrain sama2 kite berdoa oga terbuka pintu hati pm kita.
@Mr.Clive hihi.die kmbali aktif.
ok semua sokong hudud kan? ok meh saya bagitau realitinya di malaysia... kalau pas menang semua kerusi di parlimen pun hudud tak kan dilaksanakan... kerana apa? kerana kerusi PAS di parlimen kalau mereka menang semua pun tidak cukup 2/3 di parlimen utk membolehkan mereka menggubal undang2 hudud kerana kerusi mereka terpaksa dibahagi2kan dgn DAP dan PKR. masalahnya DAP dan PKR ni bukannya sokong hudud pun. melainkan UMNO pun nakkan hudud, ia mungkin boleh digubal, tapi still kerusi melayu Islam di parlimen kena 2/3. tapi kerusi parlimen di malaysia adalah campuran juga dgn kaum2 lain seperti cina, india, kaum di sabah sarawak yg non-muslim. so realitinya bukan mudah nak melaksanakan hudud di malaysia dgn corak pemerintahan dan undang2 yg diamalkan di malaysia sekarang ini. ok sudah faham? :)
sokong hudud ..tapi tu lah...bnyk dah anak-anak muda ni sgt sosial yang skrg dah berleluasa..haish..dan jugak isu2 maksiat yg lain..mcm mana nak bendung ?
@Prince Noob pjg komen, sy suke. ada respon. well cam ni erk. skg nya bkn mempersoalkan sape yg pgg. pas ke, umno ke, pkr ke or lain-lain. hukum hudud ni mmg kena dilaksanakan walaupon sape pon perintah. selagi ada nama islam yer. mmg negara kita ni terbahagi dalam byk kaum..so utk mulakan hukum hudud ni kita myb terpksa pecahkan n memperbagaikan corak pemerintahan. mmg kna mula kn dari A. masalah sekarang..sape yg nk mulakan. klu bkn kita bertegas mksdnya kita bersubahat. itu sahaja. sy xpkar n xpndai berhujah. just ini pendapat sbg rkyat. tq-
@Spudin hurm tula sal.sbb tu hukum hudud ni kna dipercepatkan sblm terlmbt. :)
benda macam ni sure akan konflik politik gak..adess..tapi hukuman hudud ni akan mampu ubah kita lebih baik
Post a Comment