Sunday, April 8, 2012

Syak isteri lelaki

Assalamualaikum -- ♥

Memang berita yang memeranjatkan kerana hanya selepas setahun berkahwin barulah seorang suami mengetahui bahawa isteri yang dinikahinya adalah seorang lelaki.
Pelik dan hairan juga… Macam mana la selama setahun tu tidur bersama, duduk rumah bersama, tapi masih lagi tak tahu yang isteri adalah seorang lelaki.

Isteri Sorang Lelaki
Sumber: myMetro

Kalau betullah yang isteri adalah lelaki, memang hebat betul la kan podan tu tukar jantina semua. Ni dah sah-sah la yang pondan tu siap buat pembedahan tukar jantina sekali. Isteri pulak adalah seorang Cina yang telah memeluk islam pada tahun 2001.
Mesti suami terpesona dengan kecantikan dan keputihan isteri. Kesian pun ada dekat si suami yang tertipu, tapi apa nak buatkan. Nasi sudah menjadi bubur. Cuma lain kali kaum lelaki yang ada niat nak tambah cawangan tu perlulah lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Perkahwinan juga hendaklah dilakukan dengan cara yang betul mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Korang boleh baca dekat bawak ni untuk cerita selanjutnya.

KUALA LUMPUR – Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita. Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak. Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.
Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.
Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.
Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.
Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.
Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani. – KOSMO

9 madah berhelah:

ROJAK said...

terkejut jugak baca ni masa kat paper. cara alternatif nak tahu laki ke pompuan boleh minta pakar kira tulung rusuk. kalau kiri kanan sama banyak maknanya pompuan tapi kalau tak sama banyak maknanya lelaki.

kalau orang tu buat pembedahan tulang tak tahulah haha

Sarah Mnasir said...

Dasat gile.. lama xbace paper.. ni baru taw sal ni..

Unknown said...

Kalau dia buat pembedahan alat kelamin pun, benda tu tetap tak sama macam yang original. Dekan tu dah ada 2 isteri, takkan tak boleh beza. Halkum nak campak mana. Ish. Pelik je?

HeNRieTTa JoSe said...

hmmm.....heran....siap plok islam lagi....kew tukar jantina sebelum pelok islam....

suzie rahman said...

@ROJAKwah sampai cek tulg rusuk erk..

suzie rahman said...

@aRa ❤ aFiq™tula..suzie pon br tahu.

suzie rahman said...

@Romeo Laut perfect lh tu die buang sgalanya.hik3

suzie rahman said...

@HeNRieTTa JoSeerm tulh xtaw sy..

Unknown said...

dekan tu buta.hahaha