Tuesday, December 18, 2012

Tak Sweet/romantik tak semestinya tak bahagia...

Assalamualaikum -- ♥


Suami, sayang rindu kamoo :) Alahai sorry lah erk, you alls termasuk page yang sedang dilanda badai asrama asmara. Tengok status sweet and ala romantika kat FB lagi buat suzie cemburu dengan si isteri di luar sana yang tidak berjauhan dengan suami. Bukan macam suzie, always alone jer :( Suzie nak tanya you alls lah kan, penting ke sweet and romantik tu bagi you alls? 

For me lah kan, penting! 

Sebab maybe suzie ni agak manja lah orangnya. Tapi-tapi-tapi kan, bukan manja gedik-gedik tu. Suzie ni jenis yang sukakan perhatian. So, kata-kata manis dari suami tu amat penting DAN baru rasa dihargai.... TAPI, suami suzie tak sweet pon.. Suzie selalu suruh dia berlagak sweet sikit. Hahaha masalahnya sweet-sweet ni bukan boleh disuruh-suruh. Ianya secara semulajadi. Suzie sempat tanya kat member yang sudah berumah-tangga, then dia kata.. "Bukan semua lelaki sama, jangan sesekali bandingkan suami kita dengan lelaki lain, kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah sudah anugerahkan buat kita".

Ok think positif, biarlah suami kita tak sweet macam suami orang lain, janji suami kita tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Bahagia juga kita macam pasangan lain kan.. Abang, terima kasih untuk hubungan yang Halal ini... Sayang suami dunia akhirat sayang :)  (nasib suami suzie tak baca blog suzie, kalau tak mesti dia kata suzie jiwang giler.. huahuahua)

Satu petikan ayat yang suzie nak share dengan you alls di luar sana :-







Coretan cinta,
Sue'Fie

Monday, December 10, 2012

Tasik banding I'm Coming

Assalamualaikum -- ♥

Selamat hari Isnin you alls, actually tajuk tu sepatutnya "Husband, I'm coming" sebab suzie pergi Tasik Banding, Perak last friday sebab nak melawat hubby suzie yang operasi kat sana. Setelah sebulan, baru berkesempatan melawat beliau. Sebab bukannya dekat, about 3-4 hours dari Kota Bharu, Kelantan. So, pergi sebab rindu di hati sudah tidak tertahan. I miss him damn much! Uwawawawa ;( Bagi yang tak tahu suzie baru je melangsungkan perkahwinan on October. Then ditinggalkan sebab hubby operasi :(. Takpelah, suzie anggap itu dugaan pertama kami setelah diijab kabulkan. Memang betul-betul mencabar apabila berjauhan... normally kami akan bergaduh,  maybe still belum serasi as husband and wife. And more than a month kami akan berjauhan :( I hope everything will be fine.. Insyallah~

Suzie pergi kat hubby dengan family, dah ala-ala cuti-cuti malaysia lak. Kami bermalam kat chalet yang berdekatan dengan jambatan.. Tempat tu sangat sweet, chalet yang terapung atas tasik. hihihihi.. Sound scary tapi very interesting and got new experince :) You alls bayangkan, bila bot lalu depan chalet kami.. chalet kami bergerak-gerak sebab air tasik beralun... Bangun pagi, buka jer pintu terhidang dengan Tasik indah yang kehijauan.. Panorama yang begitu indah, nyaman sangat. I just can say, "wow"! hahahaha :p 

Suzie takmo banyak type, lenguh... tengok jelah pic untuk tatapan you alls....


kat coridor chalet



Jambatan Tasik Banding..



Anak-anak buah dan suami


Buat kenangan :)

Kat kereta kebal depan kem Tasik Banding :p







Hati yang merindu,
Sue'Fie



Tuesday, December 4, 2012

Di atas jalan......

Assalamualaikum -- ♥
Salam Sejahtera-- ♥

Halo sayang-sayang, actually bukan tajuk lagu tu ok :) 
Masa suzie tengah drive nak pergi kerja, suzie sempat dengar topic kencanabilim kat Radio Suria. Topic nya "Pengangkutan ke tempat kerja". FYI, suzie drive kereta sendiri pergi kerja sejak-sejak dah sedikit berani ni :p. Tiba-tiba der kereta pancung suzie, Amboi-amboi..... kalau mulut boleh cakap laser. Kalau kereta kita panggil kurang ajar lah kan. Kalau dia pancung secara berhemah takpe lah. ini..... &@#%%!!)( Bagi yang still tak tahu, suzie stay Kota Bharu Kelantan ( Serambi Mekah ). And sebelum ni suzie stay Ipoh Perak. Selama suzie stay Kota Bharu, suzie dapat lihat perbezaan cara orang Kelantan and Perak drive. Cara orang Kelantan drive memang agak Agresif berbanding orang Perak yang cool. Bukan nak mengutuk dan bukan nak memuji tapi itu kebenaran...  Peace no war.. 


Gambar sekadar hiasan


FYI, di KB (singkatan untuk Kota Bharu) kalau yang memandu itu adalah si pemakai kopiah.. cara memandunya memang agak kurang asam. Very-very-very selfish! Ibarat kata, "janji aku lepas, korang lantak lah". Haaa itu dia! Tapi kalau abah suzie yang drive pula, misal kata ada kereta depan dia yang pandu slow or ke kiri ke kanan atau something yang boleh buat darah dia naik. apabila dia lintas, kalau perempuan yang drive dia akan kata camni, "oh, patutlah perempuan!". Then kalau lelaki pandai pula dia senyap kan.. Al-maklum sejenis..... Tapi suzie rasa selesa kalau tengah drive tu depan dan belakang, perempuan yang drive. Rasa selamat sebab perempuan drive sangat-sangat berhati-hati. Kalau slow, then kita nak cepat just lintas lah kan... Berbanding kalau lelaki, dia akan cucuk-cucuk belakang kereta kita. "Eh bro, lu macam mencabar gua je kan..." Then kalau dia lintas pon dengan Egonya.. konon, "Hahaha aku lelaki, kau perempuan, tak payah drive, duk rumah jer!" Cehhh kerek kau kan wahai lelaki.. Otak tu silalah jangan sempit sangat...

Ok ok, ini just luahan suzie.. tamao marah-marah ok lelaki. Actually bukan semua lelaki macam tu kan. Tapi kata orang, "kerana nila setitik, habis susu sebelanga".. Am i right? So, start hari ini marilah kita memandu secara berhemah, tanpa perlu orang maki-maki kita dan tanpa perlu stress ketika di atas jalan raya. Selamat memandu semua :))



Yang kena kerja laju-laju,
sue'fie

Tuesday, November 6, 2012

12.10.2012 Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum -- ♥

Haiii :)) Senyum lebar suzie kan kan... :p 
Maaf suzie bz lambat update. Lepas cuti suzie kerja dan kerja dan kerja. Banyak kerja yang tertunggak kot cuti 3 minggu. Siyezly memang sangat2 penat. And today suzie curi2 update setelah mata kelabu mengadap pc sejak 2 3 hari yang lepas. Seperti yang u alls semua tahu, suzie dah bertukar status kepada Mrs. Shafie iaitu wife yang comel kepada Encik Suami suzie yang ganteng : Shafie. Lifenya still macam biasa coz kami berjauhan lagi buat sementara ni. Hurm ** mood sedih sikit........

Oklah suzie uplod sikit picture that day ok. : 



Bakal ibu mertua sarung cincin time tunang. :))


Muachhhhh syg ma!


Wali a.k.a Abah suzie, En A.Rahman Hamid.


Dan.........Aku Terima Nikahnya.. bla .. bla..


Encik Suami sign borang nikah depan kadi..


Turn suzie sign Borang nikah. Walaupun tangan terketar2, ku turutkan jua....


Taraaaaa.... suzie sah jadi isteri....


p/s: Act, suzie tunang dan nikah pada hari yang sama :))