Soalan
Assalamualaikum., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?
Jawapan
Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.
1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)
kredit to myislam
Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
♥ Suzie Rahman
26 madah berhelah:
shera memakai contact lens sebab memang rabun.. kengkadang malas nak pakai cermin mata.. jadi pakai contact lens.. senang sikit.. hehe/.
saya pakai lens sebab memang rabun teruk. kalau tak pakai memang x nmpk. sesekali kalau pki spek je bosan gak...heeee
@Shaherah hihi,,tu tujuan perubatan.
@Nour Eyza hihi..semua atas niat..:)
seb baik saya pakai spek mata... alhamdulillah, mata saya dilahirkan warna biru terang.. erkk.. hahahaha
tu la kan.. kita ni memang berdasarkan niat. klu niat bukan nak memikat lelaki tak apa.. =)
ALhamdulillah...mata rietta tidak memerlukan bantuan lens ataw cermin...jd xde la ngada2 nak kaler biru hijau pink bagai mata nie...just the original color....
xsalah kottt..sbb yg rabun tu kan kesian dorang kalau ade yg ckp salah.lain la kalau nk mnunjuk2..mmg la mcm riak sket.. :)
Pakai kontek lens sebab rabun gak.. Sebelah kanan 550 sebelah kiri 600.. hihi..
x penah pakai pon..huhu
baru tau. thanks for the info walaupun saya x guna cntct lense
@HeNRieTTa JoSe hihihi amboii smpi wrna hijau pink..ish xsgp nk pkai.hihi
@O CIKTEDDY xnk try ke? hihi
@Boni JLL3 hihihi..tipu2
@Nour Eyza insyallah lh kn
@HARITH ISKANDAR bergntung pd niat kita kn harith
@AmirFX yeker rabun, suzie xrabun tp sj pkai.
@Khidhir welkam...hihi
nasib baik hamba tidak memakainya...
Rojak tak galakkan family pakai contact lens terutama pompuan memang dorang pakai untuk perhiasan..sebaik2nya jangan pakai contact lens melainkan memang betul2 memerlukan
tak penah pakai akak..hehe
bergantung kpd niat masing2 kan dear :)
@faiz fakhirin hihihi..xpyh r pkai
@ROJAK thx 4 ur advice.hihi
@Ckin Kembaq hihi
@[sutera kasih] yer insyallah. so sblm apa2, perbetul niat dulu.
Post a Comment