Sunday, March 25, 2012

Hukum Memakai contact Lense

Assalamualaikum -- ♥


Haiii...i'm coming, ok kawan-kawan..Hari ini suzie nak mengeSHARE lagi. Apa yang suzie baca, itu yang suzie akan share dengan kawan-kawan suzie. Simple kan? Jadi kita dapat ilmu sama-sama. Better dari suzie tahu sorang-sorang tapi tak share. Actually belek-belek tadi, suzie terbaca mengenai artikel ini.. So suzie ambil keputusan nak share coz suzie pon baru start pakai lens. Perempuan, pedih-pedih mata pon.. Pasal nak melawa, memang rela. Korang-korang yang suke pakai lens tapi tak tahu hukum dalam islam, meh baca dulu.

Soalan
Assalamualaikum., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?

Jawapan
Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.


1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.


2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;


a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan


Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)

kredit to myislam


# ME #


Ok selesei.. korang kategori mana erk? Suzie memang pakai hanya untuk PERHIASAN. Tapi suzie,

Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj



♥ Suzie Rahman

26 madah berhelah:

Shaherah said...

shera memakai contact lens sebab memang rabun.. kengkadang malas nak pakai cermin mata.. jadi pakai contact lens.. senang sikit.. hehe/.

Nour Eyza said...

saya pakai lens sebab memang rabun teruk. kalau tak pakai memang x nmpk. sesekali kalau pki spek je bosan gak...heeee

suzie rahman said...

@Shaherah hihi,,tu tujuan perubatan.

suzie rahman said...

@Nour Eyza hihi..semua atas niat..:)

Unknown said...

seb baik saya pakai spek mata... alhamdulillah, mata saya dilahirkan warna biru terang.. erkk.. hahahaha

Nour Eyza said...

tu la kan.. kita ni memang berdasarkan niat. klu niat bukan nak memikat lelaki tak apa.. =)

HeNRieTTa JoSe said...

ALhamdulillah...mata rietta tidak memerlukan bantuan lens ataw cermin...jd xde la ngada2 nak kaler biru hijau pink bagai mata nie...just the original color....

Unknown said...

xsalah kottt..sbb yg rabun tu kan kesian dorang kalau ade yg ckp salah.lain la kalau nk mnunjuk2..mmg la mcm riak sket.. :)

AmirFX said...

Pakai kontek lens sebab rabun gak.. Sebelah kanan 550 sebelah kiri 600.. hihi..

CikTeddyCorner said...

x penah pakai pon..huhu

Khidhir said...

baru tau. thanks for the info walaupun saya x guna cntct lense

suzie rahman said...

@HeNRieTTa JoSe hihihi amboii smpi wrna hijau pink..ish xsgp nk pkai.hihi

suzie rahman said...

@O CIKTEDDY xnk try ke? hihi

suzie rahman said...

@Boni JLL3 hihihi..tipu2

suzie rahman said...

@Nour Eyza insyallah lh kn

suzie rahman said...

@HARITH ISKANDAR bergntung pd niat kita kn harith

suzie rahman said...

@AmirFX yeker rabun, suzie xrabun tp sj pkai.

suzie rahman said...

@Khidhir welkam...hihi

The Fakhirin said...

nasib baik hamba tidak memakainya...

ROJAK said...

Rojak tak galakkan family pakai contact lens terutama pompuan memang dorang pakai untuk perhiasan..sebaik2nya jangan pakai contact lens melainkan memang betul2 memerlukan

Ckin Kembaq said...

tak penah pakai akak..hehe

[sutera kasih] said...

bergantung kpd niat masing2 kan dear :)

suzie rahman said...

@faiz fakhirin hihihi..xpyh r pkai

suzie rahman said...

@ROJAK thx 4 ur advice.hihi

suzie rahman said...

@Ckin Kembaq hihi

suzie rahman said...

@[sutera kasih] yer insyallah. so sblm apa2, perbetul niat dulu.